Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Buang alat elektronik seperti komputer dengan betul agar maklumat anda tidak 'dicuri'

Mengitar semula barangan elektronik terpakai. Itulah tarikan terbaru bagi acara tahunan kitar semula di daerah Barat Daya Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jan 2018 07:26PM Dikemas Kini : 14 Jan 2018 10:46PM

SINGAPURA: Mengitar semula barangan elektronik terpakai. Itulah tarikan terbaru bagi acara tahunan kitar semula di daerah Barat Daya Singapura.

Sekitar 40 lokasi bagi mengumpulkan barangan yang boleh dikitar semula didirikan di merata kawasan di Barat Daya negara dan akan tetap berada di setiap lokasi sehingga hujung tahun ini.

Para penduduk boleh memainkan peranan mereka untuk memelihara alam sekitar dengan 'membuang' komputer riba, telefon atau apa saja barangan elektronik terpakai di lokasi-lokasi yang ditetapkan.

"Kami sedang mempertingkat kempen pendidikan kesedaran awam untuk berkongsi maklumat dengan para penduduk di Barat Daya, mengenai cara-cara membuang peralatan elektronik dengan betul.

"Ini supaya mereka akan membuangnya dengan betul sekaligus tidak mencemarkan alam sekitar. Dalam pada itu, jika kita membuang barangan seperti telefon bijak dan komputer riba dengan cara yang tidak betul, orang lain boleh memperolehi data kita jika ia tidak dipadamkan dengan betul," kata Datuk Bandar Barat Daya, Low Yen Ling.

Untuk menggalak lebih ramai orang supaya menjalani kehidupan mesra sekitaran, para penduduk dihadiahkan dengan kupon-kupon untuk membeli barangan dapur, apabila mereka mengitar semula pakaian lama dan suratkhabar.

Para sukarelawan juga ditempatkan di beberapa lokasi mengumpulkan barangan terpakai untuk mendidik orang ramai mengenai cara-cara mengitar semula dengan betul.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan