Images
  • kelawar ntuc
    Petikan dari video. (Gambar: Facebook/Jas Tan)

Buah-buahan diperiksa, dibuang setelah kelawar dilihat makan pisang di NTUC FairPrice di Jurong East

SINGAPURA: Kesemua buah-buahan yang "terjejas" sudah dibuang setelah seekor kelawar dilihat memakan pisang di sebuah cawangan NTUC FairPrice di Jurong East, demikian menurut rangkaian pasar raya berkenaan pada Jumaat (16 Okt).

Satu rakaman video yang tular online pada Jumaat menunjukkan seekor kelawar bergayut sambil makan buah itu.

Pisang berkenaan yang tidak dibungkus, tergantung dari sebuah rak di atas buah-buahan dan sayur-sayuran yang lain.

"Kami maklum tentang video tular di media sosial yang memaparkan seekor kelawar memakan pisang pada waktu malam di cawangan kami yang beroperasi 24 jam di 345 Jurong East St 31," demikian menurut NTUC FairPrice dalam satu catatan Facebook.

"Kejadian itu berlaku di luar kedai berkenaan di mana terletak buah-buahan lain," menurut syarikat itu.

NTUC FairPrice menyatakan ia sudah pun memindahkan semua buah-buahan ke dalam kedai bagi mengelakkan kejadian serupa daripada berlaku.

"Pemeriksaan juga dilakukan bagi memastikan sebarang buah-buahan yang terjejas dibuang," katanya sambil memohon maaf bagi sebarang kesulitan yang berlaku akibat insiden itu.

NTUC FairPrice menambah ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat punca kehadiran kelawar di kawasan itu.

- CNA/HA/ha

Top