Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

British Airways mulakan penerbangan VTL London-S'pura

British Airways (BA) mengumumkan permulaan khidmat penerbangan Laluan Perjalanan bagi Penumpang Yang Sudah Divaksin (VTL) antara Lapangan Terbang Heathrow di London dengan Singapura hari ini (20 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Oct 2021 06:42PM Dikemas Kini : 20 Oct 2021 08:53PM

SINGAPURA: British Airways (BA) mengumumkan permulaan khidmat penerbangan Laluan Perjalanan bagi Penumpang Yang Sudah Divaksin (VTL) antara Lapangan Terbang Heathrow di London dengan Singapura hari ini (20 Okt).

Penerbangan VTL British Airways yang pertama antara kedua-dua bandar tiba di Lapangan Terbang Changi pada pukul 5.11 petang tadi.

"Para penumpang harus memastikan bahawa mereka sudah lengkap divaksin untuk melakukan perjalanan. Kanak-kanak bawah 12 tahun dikecualikan namun mereka mesti ditemani oleh orang dewasa yang sudah lengkap divaksin," menurut BA dalam satu kenyataan media.

Ia juga menambah bahawa para pelawat yang diuji negatif bagi COVID-19 dalam perjalanan ke Singapura dari London tidak lagi perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari pada ketibaan.

Para pemegang pas jangka panjang dan pendek mesti memohon bagi pas perjalanan vaksin Singapura selama tempoh tujuh hingga 30 hari sebelum melakukan perjalanan, tambah syarikat itu. Rakyat Singapura bagaimanapun tidak perlu memohon bagi pas tersebut.

Singapura mula menerima ketibaan lebih ramai pelawat lengkap divaksin pada Selasa (19 Okt), setelah memperluaskan skim VTL kepada lagi lapan negara, termasuk Britain.

Sekitar 40 peratus daripada lebih 2,400 individu yang diberikan pas perjalanan VTL untuk memasuki Singapura setakat 13 Oktober merupakan pelawat dari Britain.

Dalam kalangan 976 individu yang melakukan perjalanan dari Britain ke Singapura antara 19 Oktober dengan 17 November, 430 merupakan pelawat jangka pendek dan 546 adalah pemegang pas jangka panjang.

"Peluasan aturan VTL Singapura ke Britain adalah berita baik bagi para pelanggan kami yang kini boleh bersatu semula dengan individu tersayang dengan lebih mudah," menurut ketua penjualan Asia Pasifik BA Noella Ferns.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan