Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Boys' Brigade kumpulkan sumbangan hadiah, relawan, bantu 42,000 golongan memerlukan

 Matlamatnya hendak membantu jumlah tertinggi lebih 42,000 orang yang memerlukan agar dapat sama-sama merasa semangat perayaan hujung tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Dec 2017 08:12PM Dikemas Kini : 03 Dec 2017 09:35PM

SINGAPURA: Matlamatnya hendak membantu jumlah tertinggi lebih 42,000 orang yang memerlukan agar dapat sama-sama merasa semangat perayaan hujung tahun.

Namun projek berkongsi hadiah Boys’ Brigade baru mendapat sumbangan hadiah sebanyak 34 peratus dan masih kekurangan 400 sukarelawan bagi mencapai matlamat itu.

AP GRC Tanjong Pagar Joan Pereira memulakan perjalanan dua buah bas dan 80 kenderaan, yang membawa sukarelawan ke pelbagai tempat untuk mengagihkan hamper makanan kepada golongan memerlukan.

Para anggota Boys' Brigade disertai 160 sukarelawan dan keluarga dalam usaha ini.

Salah seorang penerimanya, Cik Habibah Mohamad Baker, 75 tahun.

"Saya rasa bahawa tahun ini, projek ini akan membawa lebih banyak kebaikan untuk para pelajar seperti saya yang mengikut sebuah keluarga untuk memberikan bahan-bahan makanan kepada keluarga yang lebih kurang mampu. Dan ini memberikan kami suatu peluang untuk melihat dan mengalami apa keluarga-keluarga di luar sana hadapi pada setiap hari," kata Denny Yusoff, anggota Boy's Brigade Company ke-99.

Sehingga 18 hari bulan ini, orang ramai boleh menyumbang makanan halal dalam tin, kicap dan minyak makan dalam 12 kotak hadiah Boys' Brigade yang diletakkan di pasar-pasaraya.  

Sumber : CNA/RL/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan