Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Bouncer' kelab malam dipenjara kerana tipu wanita hantar gambar lucah di Facebook

Pengawal kelab malam dijatuhi hukuman penjara dan didenda atas kesalahan menipu lebih 30 wanita untuk menghantar gambar lucah

Anggaran Waktu Membaca:
'Bouncer' kelab malam dipenjara kerana tipu wanita hantar gambar lucah di Facebook

(Gambar fail: REUTERS/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 30 Jul 2018 10:17PM Dikemas Kini : 30 Jul 2018 10:18PM

SINGAPURA: Seorang pengawal kelab malam dijatuhi hukuman penjara dan didenda hari ini (30 Jul) atas kesalahan menipu lebih 30 wanita untuk menghantarnya gambar-gambar lucah. Dia melakukan penipuan dengan menyamar sebagai pengelola kempen pemeriksaan barah payu dara atau mewakili sebuah agensi model.

Muhammad Rostam Rahim, 28 tahun, melakukan kesalahan-kesalahan itu antara Oktober 2015 dengan Februari 2018. Dia akan menggodam akaun-akaun Facebook dan meminta gambar-gambar lucah para mangsa bagi memenuhi kepuasan seksualnya.

Rostam ialah pesalah pertama didakwa mengikut peruntukan 8B Akta Penyalahgunaan Komputer dan Keselamatan Siber, kerana mendapatkan kata-kata laluan untuk melakukan kesalahan-kesalahan tersebut.

Dia berdepan dengan 46 tuduhan selain 117 tuduhan lain yang dipertimbangkan.

Rostam cuba mendapatkan gambar-gambar lucah daripada para mangsanya dengan mengatakan dia mewakili sebuah agensi model ataupun mendakwa mengelolakan satu kempen pemeriksaan barah payu dara.

Rostam dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun dan lima bulan dan didenda sebanyak S$5,000. 

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan