Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bot melayang ditiup angin ribut di East Coast Park

Bot-bot di Pusat Sukan Layar Kebangsaan di East Coast Park melayang ditiup angin kencang petang tadi (31 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Bot melayang ditiup angin ribut di East Coast Park

Petikan gambar dari video.

Diterbitkan : 31 Jan 2018 07:10PM Dikemas Kini : 31 Jan 2018 07:14PM

SINGAPURA: Bot-bot di Pusat Sukan Layar Kebangsaan di East Coast Park melayang ditiup angin kencang petang tadi (31 Jan).

Seorang pembaca Mediacorp yang hanya ingin dikenali sebagai Joshua merakam video menunjukkan pokok-pokok di pusat itu dibadai angin ribut. Kira-kira tiga bot putih juga melayang disebabkan tiupan angin.

Pembaca berkenaan berkata beliau berada di pusat tersebut untuk menjalani latihan sekitar pukul 3.50 petang dan pada waktu itu cuaca hujan.

"Tiupan angin tiba-tiba kencang jadi pasukan layar saya berkumpul untuk melihat apa yang sedang berlaku," Encik Joshua memberitahu Mediacorp.

"Pelbagai barangan mula berterbangan, melayang - bot, peralatan dan sebagainya - keadaan menjadi huru-hara."

Menyifatkannya sebagai "taufan kecil", beliau menambah mereka berpindah ke sebuah dewan serbaguna kira-kira pukul 4.10 petang.

Jurulatih mereka mengarahkan mereka supaya menghubungi ibu bapa masing-masing dan menjemput mereka pulang.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) memberi amaran hujan lebat dengan "angin kencang" di banyak kawasan di Singapura sekitar pukul 4.00 petang tadi.

Semalam (30 Jan), Singapura juga mengalami keadaan cuaca luar biasa dengan hujan batu di Ang Mo Kio dan Seletar semasa hujan lebat.  

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan