Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bonus akhir tahun 1 bulan bagi kakitangan awam; tambahan S$500 bagi pegawai rendah

Kakitangan awam di Singapura akan menerima bonus akhir tahun sebanyak satu bulan, dengan mereka yang berada dalam gred pangkat rendah mendapat tambahan S$500, menurut pengumuman Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) pada Khamis (25 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Nov 2021 06:13PM Dikemas Kini : 26 Nov 2021 12:42AM

SINGAPURA: Kakitangan awam di Singapura akan menerima bonus akhir tahun sebanyak satu bulan, dengan mereka yang berada dalam gred pangkat rendah mendapat tambahan S$500, menurut pengumuman Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) pada Khamis (25 Nov).

Ini adalah bagi mengiktiraf "kerja keras berterusan dan pelbagai sumbangan" pegawai dalam memerangi COVID-19, menurut PSD.

Pegawai dalam gred setara MX15 dan MX16, serta Gred OSS III hingga V akan menerima bayaran tambahan sekali saja sebanyak S$500.

Jika mengambil kira agihan pertengahan tahun, penjawat awam akan menerima bonus keseluruhan sebanyak 1.3 bulan dalam Komponen Berubah-rubah Tahunan (AVC), dengan mereka dalam gred pangkat lebih rendah menerima bayaran tambahan sekali saja sehingga S$1,200 pada 2021, kata PSD.

"Pemerintah akan terus membayar Elaun Tahunan Tidak Berpencen (NPAA) atau bonus bulan ke-13 sebanyak sebulan gaji kepada semua kakitangan awam," tambahnya.

PSD menyatakan perkhidmatan awam "telah menunjukkan ketabahan dan tekad kuat" dalam melawan COVID-19.

“Pemerintah amat menghargai kerja keras dan ketabahan yang ditunjukkan oleh semua pegawai awam dalam memerangi pandemik itu.

"Dengan bekerjasama, kita akan bangkit lebih kukuh daripada krisis ini, sebagai sebuah negara," katanya.

Tiada bonus hujung tahun diberikan kepada penjawat awam tahun lalu.

Ekonomi Singapura kekal di landasan pemulihan pada 2021, kata PSD.

"Ekonomi berkembang 7.1 peratus dari tahun ke tahun pada suku ketiga 2021 dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan telah mengemas kini unjuran pertumbuhan GDP kepada "sekitar 7.0 peratus" bagi 2021," tambahnya.

Dalam pasaran kerja, pengambilan kerja penduduk tumbuh lebih pantas pada suku ketiga, terutamanya dalam industri berasaskan ke luar negara, dan kadar pengangguran merosot untuk dua bulan berturut-turut pada September 2021, tambah PSD.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan