Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BlueSG buka stesen pengecas kepada pemilik kenderaan elektrik privet tahun depan

Para pemilik kenderaan elektrik akan mempunyai akses kepada lebih banyak stesen pengecas tahun depan, apabila BlueSG membuka rangkaian pengecasnya kepada kenderaan-kenderaan pihak ketiga.

Anggaran Waktu Membaca:
BlueSG buka stesen pengecas kepada pemilik kenderaan elektrik privet tahun depan

Kenderaan kongsi kereta elektrik BlueSG diletakkan di stesen mengecas. (Gambar: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 11 Dec 2018 10:02PM Dikemas Kini : 11 Dec 2018 10:06PM

SINGAPURA: Para pemilik kenderaan elektrik akan mempunyai akses kepada lebih banyak stesen pengecas tahun depan, apabila BlueSG membuka rangkaian pengecasnya kepada kenderaan-kenderaan pihak ketiga.

Syarikat kereta sewa elektrik itu mengumumkan demikian pada Selasa (11 Dis) untuk menandakan ulang tahun pertamanya di Singapura.

"Para pemilik privet, setelah melanggani khidmat itu, akan dengan mudah dapat mengecas kenderaan-kenderaan mereka di HDB, URA, JTC atau tempat letak kenderaan privet," menurut BlueSG dalam satu kenyataan media, menambah bahawa ia akan melancarkan khidmat tersebut bertahap-tahap pada suku pertama 2019.

Buat masa ini, syarikat tersebut mempunyai 531 stesen pengecas di merata Singapura, dan menyasar untuk mempunyai 2,000 stesen pengecas menjelang 2020.

BlueSG, yang merupakan anak syarikat Perancis, Bollore Group, menyatakan bahawa ia mengalami "kejayaan" pada tahun pertama di Singapura, dengan lebih 20,000 anggota dan 100,000 tempahan sejak ia dilancarkan di sini.

Sebagai sebahagian daripada perkembangannya, BlueSG menyatakan pada Selasa (11 Dis) bahawa ia akan memasang stesen pengecas di Sentosa, Hab Tampines Kita serta lima pusat beli-belah CapitaLand.

Para pengunjung yang memandu ke Sentosa menggunakan kereta-kereta BlueSG mulai Februari tahun depan tidak akan dikenakan bayaran masuk ke pulau itu, menurut syarikat tersebut.

BlueSG turut mengumumkan satu keahlian baru bagi syarikat-syarikat yang akan ditawarkan enam bulan seterusnya.

"Pakej-pakej bagi waktu sewa akan ditawarkan kepada sejumlah pemandu yang dipilih oleh syarikat tersebut di mana ia akan dihantar langsung berdasarkan penggunaan para pekerja mereka," menurut BlueSG. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan