Images
  • pasar basah
    Demografi masyarakat S'pura yang berubah-ubah dipercayai antara faktor utama ramai tidak berbelanja di pasar basah. 

Bilangan pelanggan, penjaja pasar basah kian merosot

SINGAPURA: Pasar basah kelihatan kian kurang mendapat sambutan di Singapura.

Bahkan, 40 peratus responden yang ditinjau Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) tidak berkunjung ke pasar basah sepanjang tahun lalu.

Beberapa penjaja yang ditemui Mediacorp percaya demografi masyarakat Singapura yang berubah-ubah menjadi antara faktor utama.

Ramai dikatakan tidak berbelanja di pasar basah kerana jarang memasak untuk keluarga kecil. Pasangan bekerja juga tidak sempat ke pasar pada sebelah pagi.

Sesetengah penjaja pula akur anak-anak mereka enggan meneruskan perniagaan.

Namun, masih ada yang memilih untuk berbelanja di pasar basah kerana hanya di situlah mereka dapat tawar-menawar.  

- CNA/AQ/ai

Top