Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bidang kajian sains kemasyarakatan dan kemanusiaan dapat suntikan dana S$457 juta

Pemerintah akan menyuntik lagi S$457 juta sepanjang tempoh lima tahun akan datang bagi merangsang bidang kajian sains kemasyarakatan dan kemanusiaan tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Sep 2021 05:36PM Dikemas Kini : 21 Sep 2021 09:15PM

SINGAPURA: Pemerintah akan menyuntik lagi S$457 juta sepanjang tempoh lima tahun akan datang bagi merangsang bidang kajian sains kemasyarakatan dan kemanusiaan tempatan.

Jumlah itu adalah 31 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan sebelumnya.

Seperti sebelumnya, dana tambahan itu adalah bagi membiayai projek-projek bermutu tinggi serta program zamil penyelidikan.

Sepanjang lima tahun lalu, 37 projek dianugerahkan dana tersebut, termasuk projek yang menyelidik cabaran sosioekonomi negara.

Pemerintah berharap kali ini, projek-projek bagi menangani isu-isu rumit seperti perubahan iklim dan pandemik akan dikemukakan untuk pembiayaan tersebut.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan dan Majlis Penyelidikan Sains Kemasyarakatan juga melancarkan program zamil penyelidik baru.

Program itu akan menawarkan pembiayaan untuk menjalankan projek-projek bersama bagi rakyat Singapura di luar negara.

Sumber : CNA/AY/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan