Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Biawak ditemui dalam depot SMRT

Seekor biawak yang ditemui dalam salah sebuah depot kereta api SMRT sudahpun dipindahkan, menurut pengendali kereta api itu hari ini (29 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Biawak ditemui dalam depot SMRT

Petikan skrin video.

Diterbitkan : 29 Nov 2017 02:59PM Dikemas Kini : 29 Nov 2017 03:05PM

SINGAPURA: Seekor biawak yang ditemui dalam salah sebuah depot kereta api SMRT sudahpun dipindahkan, menurut pengendali kereta api itu hari ini (29 Nov).

Sebuah video yang dikongsi di media sosial menunjukkan seekor biawak ditemui di bahagian bawah sebuah kereta api yang tidak bergerak semalam (28 Nov).

"Seekor biawak ditemui di salah sebuah depot kami semalam dan ia dipindahkan," kata naib presiden SMRT bagi perhubungan korporat Patrick Nathan kepada Mediacorp hari ini.

SMRT mempunyai empat depot iaitu di Bishan, Changi, Ulu Pandan dan Tuas. Namun, ia tidak menyatakan depot yang mana biawak itu ditemui.

Dalam video tersebut, biawak itu kelihatan bersembunyi di bahagian bawah kompartmen kereta api. Dua orang menekan kepala biawak itu dengan menggunakan sebatang besi dan kayu sementara orang ketiga menyeret haiwan itu keluar.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan