Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Berlatih, berlatih dan terus berlatih' bagi sesuaikan diri dengan perubahan dunia, gesa Ng Chee Meng

Para pekerja perlu "berlatih, berlatih dan terus berlatih" - sama ada semasa bekerja ataupun di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja bagi menyesuaikan diri dengan dunia yang pantas berubah.

Anggaran Waktu Membaca:
'Berlatih, berlatih dan terus berlatih' bagi sesuaikan diri dengan perubahan dunia, gesa Ng Chee Meng

Encik Ng Chee Meng bersama para anggota Gerakan Buruh di Amanat Hari Buruh 2018. (Gambar: Ng Chee Meng/Facebook)

Diterbitkan : 24 May 2018 06:24PM Dikemas Kini : 24 May 2018 06:31PM

SINGAPURA: Para pekerja perlu "berlatih, berlatih dan terus berlatih" - sama ada semasa bekerja ataupun di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja bagi menyesuaikan diri dengan dunia yang pantas berubah.

Demikian menurut pemimpin Gerakan Buruh yang baru dilantik, Encik Ng Chee Meng.

Dalam satu catatan blog yang pertama sebagai ketua buruh, Encik Ng berkata NTUC sedang bekerjasama dengan pelbagai institut bagi membangunkan pilihan latihan yang lebih modular dan pendek supaya lebih mudah disertai para pekerja.

Kesatuan sekerja itu juga akan menjalin kerjasama dengan Pemerintah dan para peneraju perusahaan bagi memupuk budaya pembelajaran di tempat-tempat kerja, selain mereka semula pekerjaaan.

Encik Ng turut menyuarakan keprihatinannya mengenai kecukupan persaraan bagi para pekerja berusia dan sama ada mereka masih dianggap sesuai untuk diambil semula bekerja apabila sudah berusia lebih 67 tahun.

Dengan itu, pihaknya berkata beliau akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi melaksanakan dasar-dasar pengurusan usia yang lebih progresif dan menyediakan sokongan lebih baik bagi golongan pekerja sedemikian.  

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan