Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

BERITAmediacorp buka bilik pameran di Geylang Serai sempena pelancaran WGS

Bagaimana sebenarnya pekerjaan seorang wartawan dan apa yang berlaku di sebalik tadir bagi siaran-siaran langsung program BERITA?

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Bagaimana sebenarnya pekerjaan seorang wartawan dan apa yang berlaku di sebalik tabir bagi siaran-siaran langsung program BERITA?

Jika anda bersama keluarga mempunyai masa lapang pada hujung minggu ini, ayuh ke Wisma Geylang Serai (WGS)!

Mengapa? Di acara sempena perasmian pusat budaya dan masyarakat Melayu itulah, anda berpeluang bertemu dengan para penyampai berita dan wartawan BERITAmediacorp. Bukan itu sahaja, anda bersama keluarga juga akan dapat mengikuti satu "uji bakat" untuk menjadi seorang penyampai berita.

Sepanjang tiga hari bermula esok (25 Jan), bilik pameran BERITA akan muncul di WGS. Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga akan menyerikan acara sebagai tetamu terhormat pada Sabtu (26 Jan) yang mana pertunjukan bunga api bakal diadakan dalam satu sambutan penuh meriah.

Beberapa panel skrin BERITA di pavilionnya bakal memaparkan kandungan liputan berita di pelbagai platform - TV, radio dan digital serta program ehwal semasa yang dekat dengan jiwa setiap penonton. Mereka yang ingin merasakan pengalaman membaca berita di hadapan kamera juga dapat mencubanya secara percuma bersama kami.

Hadiah-hadiah menarik pula menanti anda, jika anda: (1) menyertai permainan di pavilion BERITAmediacorp atau (2) memetik selfie dengan iklan BERITAmediacorp/DETIK di perhentian-perhentian bas dengan #mencariBERITA. Antara cenderahati yang boleh anda bawa pulang termasuk thumbdrive, payung dan botol edisi khas BERITA.

Semua ini sebahagian daripada usaha BERITAmediacorp mendampingi masyarakat dan menyokong visi Wisma Geylang Serai menjadi nadi masyarakat Melayu/Islam setempat.

(Gambar: Wisma Geylang Serai/Facebook)

BERITAmediacorp akan terus mendekati anda, para penonton kami dan sentiasa berusaha menampilkan konsep yang mencabar minda serta memenuhi citarasa penonton.

Pelbagai kegiatan lain juga disediakan bagi para pengunjung WGS pada hujung minggu ini.

Jangan lepaskan peluang untuk berhibur bersama 'Papa Rock' kita, Ramli Sarip, dan berbelanja di 'pasar malam' Laloolalang. Kalau anda bakal ke sana bersama warga emas pula, mereka pasti akan terhibur dengan tayangan filem-filem Melayu klasik P. Ramlee.  

(Gambar: Ramli Sarip/Facebook)
Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan