Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Benjamin Pwee mohon sertai SDP kerana percaya 'nilai dan ideal' parti

Ahli politik Singapura Benjamin Pwee sudah memohon untuk menyertai Parti Demokratik Singapura (SDP) selepas meletak jawatan dari Parti Progresif Demokratik (DPP). Mantan setiausaha agung DPP itu mengumumkan demikian di laman Facebooknya pada Selasa (19 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Benjamin Pwee mohon sertai SDP kerana percaya 'nilai dan ideal' parti

Gambar fail Benjamin Pwee. (Gambar: Jason Quah/TODAY)

Diterbitkan : 19 Feb 2019 05:46PM Dikemas Kini : 19 Feb 2019 05:49PM

SINGAPURA: Ahli politik Singapura Benjamin Pwee sudah memohon untuk menyertai Parti Demokratik Singapura (SDP) selepas meletak jawatan dari Parti Progresif Demokratik (DPP).

Mantan setiausaha agung DPP itu mengumumkan demikian di laman Facebooknya pada Selasa (19 Feb).

"Selepas mengadakan rundingan dan mesyuarat dengan pasukan saya, kami memutuskan untuk menyerahkan borang permohonan keanggotaan kepada SDP," kata Encik Pwee.

"Kami percaya dan berkongsi nilai dan ideal yang sama dengan SDP, dan mereka mempunyai ramai anggota yang mengongsi pandangan yang sama, orang-orang yang boleh dipercayai," tambah beliau.

"Kami juga percaya kepada sumber organisasi dan keupayaan mereka sebagai sebuah parti politik yang bertahan lama di Singapura."

Encik Pwee, 51 tahun, memberitahu Mediacorp mengenai peletakan jawatannya dari DPP pada awal bulan ini.

Ketika itu, beliau tidak pula mendedahkan nama parti yang akan dianggotai beliau, setakat berkata bahawa beliau sudah menyerahkan kepada pihak SDP untuk membuat pengumuman rasmi.

Encik Pwee, yang bertanding di Bishan-Toa Payoh semasa dua pilihan raya lalu, turut berkata bahawa sekitar lima anggota DPP berhasrat untuk meletakkan jawatan dan menyertai parti baru sebagai anggota biasa.

Encik Pwee meletakkan jawatan beberapa minggu selepas ahli politik veteran Tan Cheng Bock memfailkan permohonan untuk menubuhkan sebuah parti politik baru dinamakan Parti Progress Singapore.

SDP, yang diketuai oleh Chee Soon Juan, adalah antara tujuh parti pembangkang yang meneroka peluang bekerjasama dalam pilihan raya umum seterusnya. Dr Tan diminta menerajui usaha ini, menurut Dr Chee.

SDP membariskan 11 calon pada Pilihan Raya Umum 2015 namun gagal mendapatkan sebarang kerusi.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan