Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bengkel separuh hari ditawarkan kepada majikan berminat amalkan Aturan Kerja Fleksibel

Para majikan yang mahu mengamalkan Aturan Kerja Fleksibel yang disarankan oleh Rakan Tiga Pihak boleh mendaftar untuk mengikuti satu program permulaan setengah hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jun 2021 07:07PM Dikemas Kini : 19 Jun 2021 09:46PM

SINGAPURA: Para majikan yang mahu mengamalkan Aturan Kerja Fleksibel yang disarankan oleh Rakan Tiga Pihak boleh mendaftar untuk mengikuti satu program permulaan setengah hari.

Program itu akan melengkapkan pihak majikan dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk melaksanakan Keharmonian Kerja-Kehidupan.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan perincian lanjut program itu akan dikongsi bulan depan.

Aturan Kerja Fleksibel yang mengikut piawai Rakan Tiga Pihak dilancarkan pada 2017.

Antara lain ia menyeru pihak majikan untuk melaksanakan waktu kerja yang fleksibel bagi mereka yang juga memikul tanggungjawab sebagai penjaga.

Sejauh ini 9,000 syarikat telah mengamalkan piawai tersebut.

Menteri Negara Tenaga Manusia Gan Siow Huang berkata tempat kerja yang progresif amat penting dalam menarik bakat-bakat baru.  

Sumber : CNA/NZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan