Bendera Negara dikibarkan separuh tiang bagi peringati mendiang Jek Yeun Thong
Bendera Negara dikibarkan separuh tiang di semua bangunan pemerintah hari ini (7 Jun) sebagai tanda penghormatan dan bagi mengenang sumbangan anggota perintis Parti Tindakan Rakyat (PAP), Jek Yeun Thong.
SINGAPURA: Bendera Negara dikibarkan separuh tiang di semua bangunan pemerintah hari ini (7 Jun) sebagai tanda penghormatan dan bagi mengenang sumbangan anggota perintis Parti Tindakan Rakyat (PAP), Jek Yeun Thong.
Mendiang Encik Jek meninggal dunia Ahad lalu (3 Jun) pada usia 88 tahun. Semalam (6 Jun), pemerintah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Encik Jek.
Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong, merupakan antara ramai pemimpin yang memberikan penghormatan kepada mendiang. Pejabat Perdana Menteri menyatakan Encik Jek banyak menyumbang kepada pembangunan negara.
Ini termasuk menggembleng penduduk kaum Cina untuk menyokong visi PAP membentuk Singapura yang berbilang budaya dan bukan Komunis.
Mendiang Encik Jek, yang merupakan salah seorang anggota perintis Kabinet Singapura, juga adalah antara 10 orang menteri yang menandatangani Perjanjian Pemisahan dari Malaysia pada 1965.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.