Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belia S'pura ada lebih banyak peluang berbanding rakan sebaya merata dunia

Para belia mempunyai lebih banyak peluang berbanding rakan-rakan sebaya mereka di merata dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Belia S'pura ada lebih banyak peluang berbanding rakan sebaya merata dunia

DPM Heng Swee Keat. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 17 Apr 2021 08:33PM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 08:35PM

SINGAPURA: Para belia mempunyai lebih banyak peluang berbanding rakan-rakan sebaya mereka di merata dunia.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata demikian sambil menarik perhatian kepada masalah-masalah yang tercetus akibat pandemik COVID-19.

Ia termasuk kadar pengangguran dalam kalangan belia dan hutang pemerintah yang kian meningkat.

Bagaimanapun, DPM Heng berkata golongan muda Singapura mempunyai kelebihan membesar dalam sebuah masyarakat berbilang bangsa, budaya dan agama.

DPM Heng berkata demikian semasa satu acara anjuran badan amal belia, Heartware Network.

Dua perjanjian turut dimeterai dengan Pejabat SG Cares dan Yayasan Temasek bagi menggalak kerja-kerja sukarela dalam kalangan belia.

Aspirasi golongan belia, kata DPM Heng, sudah berubah dari lima 'C' kepada tiga 'C' iaitu mewujudkan nilai, menjaga rakyat dan alam sekitar serta melakarkan hala tuju bagi masa depan.

Hasil tinjauan online yang dijalankan oleh Heartware Network ke atas para belia mendapati hanya 85 peratus daripada lebih 300 responden berasa optimis mengenai masa depan mereka.

Isu kos sara hidup dan keadaan tidak menentu menjadi antara sebab utama mengapa mereka kurang menaruh harapan terhadap masa depan mereka.

Pemerintah menekankan akan membantu para belia menangani cabaran-cabaran yang timbul akibat pandemik sekarang. 

Sumber : CNA/AI/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan