Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belia intip remaja lelaki di tandas awam semasa tempoh ikat jamin, dikenakan latihan pemulihan

Semasa dibebaskan dengan ikat jamin bagi kesalahan mengintip lelaki di tandas sebuah sekolah rendah dan pusat beli-belah, Bryan Tee Jian Peng mengintip seorang lagi remaja lelaki di Parkway Centre di Marina Parade.

Anggaran Waktu Membaca:
Belia intip remaja lelaki di tandas awam semasa tempoh ikat jamin, dikenakan latihan pemulihan

Bryan Tee Jian Peng. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 12 Jan 2021 11:35PM Dikemas Kini : 12 Jan 2021 11:37PM

SINGAPURA: Semasa dibebaskan dengan ikat jamin bagi kesalahan mengintip lelaki di tandas sebuah sekolah rendah dan pusat beli-belah, Bryan Tee Jian Peng mengintip seorang lagi remaja lelaki di Parkway Centre di Marina Parade.

Bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukannya, rakyat Singapura berusia 20 tahun itu dikenakan latihan pemulihan - program bagi pesalah di bawah usia 21 tahun yang melakukan jenayah yang agak serius.

Tee, yang berusia 21 tahun minggu depan, pertama kali mengaku bersalah pada Jun tahun lalu bagi dua tuduhan melakukan pencerobohan jenayah: Satu bagi memasuki pekarangan sekolah rendah di Tampines dan satu lagi bagi mengintip seorang budak lelaki di tandas awam di Pusat Beli-Belah United Square di Novena pada hari berasingan.

Dia juga mengaku terhadap tuduhan ketiga iaitu, mencuri rak kasut dengan 12 pasang kasut, yang diletakkan di luar unit seorang jiran.

Dia dibebaskan dengan diikat jamin setelah seorang hakim meminta laporan untuk menilai sama ada dia layak menjani probesen.

Bagaimanapun pada Ogos tahun lalu, Tee melakukan kesalahan sekali lagi, di Parkway Centre, yang terdapat banyak pusat tuisyen.

Dia mengekori seorang budak lelaki 15 tahun ke dalam tandas di tingkat 10, masuk ke tandas bersebelahan dan berdiri di mangkuk tandas untuk mengintip budak tersebut.

Apabila Tee cuba untuk merakam budak lelaki itu dengan telefon bimbitnya, budak lelaki berkenaan mendongak dan ternampak alat tersebut. Tee melarikan diri dan gagal mengambil sebarang gambar atau video.

Dia kemudian mengaku bersalah atas tuduhan baru bagi penyakit intai (voyeurism).

Lima lagi tuduhan serupa diambil kira dalam menentukan hukuman.

Tuduhan-tuduhan itu termasuk melakukan pencerobohan jenayah di dua sekolah rendah lain, di mana dia berlegar-legar di sebuah sekolah dan mengintip tiga pelajar sekolah rendah di tandas di sebuah sekolah lain.

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan