Images
Belanjawan 2020: Rakyat dipelawa beri pandangan, saranan
SINGAPURA: Kementerian Kewangan (MOF) mempelawa orang ramai memberikan saranan dan maklum balas bagi Belanjawan 2020 yang dijangka dibentangkan pada bulan Februari ini.
Individu, keluarga dan para peniaga dialu-alukan mengemukakan saranan-saranan dan maklum balas terhadap isu-isu jangka-panjang dan kerjasama lebih kukuh bagi Singapura merebut peluang-peluang serta menangani cabaran-cabaran masa depan.
Rakyat boleh memberikan memberikan saranan-saranan mereka sepanjang enam minggu bermula esok, sehingga Jumaat 10 Januari 2020.
Mereka boleh menyalurkan maklum balas melalui laman web Belanjawan MOF (www.singaporebudget.gov.sg) dan REACH, Budget 2020 (www.reach.gov.sg/budget2020).
- CNA/MM/fz