Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Belanjawan 2019: S$1 bilion bantu transformasi syarikat

Syarikat-syarikat Singapura akan dibantu melalui pelbagai skim yang secara keseluruhannya bernilai S$1 bilion, untuk menjadikan mereka lebih berdaya saing. Ini dijangka memenuhi pelbagai keperluan syarikat dari pemula, SME dan syarikat yang sedang cuba menebarkan sayap ke luar negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Belanjawan 2019: S$1 bilion bantu transformasi syarikat

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 18 Feb 2019 06:03PM Dikemas Kini : 18 Feb 2019 06:11PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat Singapura akan dibantu melalui pelbagai skim untuk menjadikan mereka lebih berdaya saing.

Bernilai S$1 bilion secara keseluruhannya, program-program itu dijangka akan memenuhi pelbagai keperluan syarikat - dari syarikat-syarikat pemula dan perusahaan yang bersaiz kecil dan sederhana (SME) hingga ke syarikat-syarikat yang sudah lama bertapak dan sedang cuba untuk menebarkan sayap ke pasaran luar negara.

Program-program ini diumumkan pada Isnin (18 Feb) dalam Kenyataan Belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat. Inisiatif-inisiatif terbaru ini akan meneruskan usaha Pemerintah untuk menyusun semula ekonomi yang dimulakan melalui Perancangan Perubahan Industri (ITM) tiga tahun lalu.

Selain memastikan persekitaran makroekonomi kekal stabil, Encik Heng turut menekankan perlunya untuk membina "asas mikroekonomi yang kukuh". Salah satu caranya adalah dengan memastikan agar firma-firma kita dapat menyesuaikan diri dan kekal berdaya saing dengan membangunkan "keupayaan syarikat yang mendalam".

Berikut adalah antara skim yang boleh dijangkakan:

BAGI SYARIKAT PEMULA

Matlamat:
Bantu syarikat pemula membangun dan meneroka pasaran-pasaran baru

Inisiatif:
- Program baru SG Maju bermatlamat untuk membantu firma-firma yang bercita-cita untuk berkembang pesat membangunkan keupayaan baru, terus berkembang dan meneroka pasaran-pasaran antarabangsa

- Program Ejen Inovasi untuk firma-firma memanfaatkan para pakar yang boleh memberi nasihat tentang peluang-peluang inovasi dan memasarkan teknologi.

BAGI SME

Matlamat:
Membantu SME mendapat akses kepada modal

Inisiatif:
- Dana Pelaburan Bersama SME III - dana bernilai S$100 juta untuk memangkin pelaburan SME di Singapura yang bersedia untuk berkembang. Ia dijangka menjana dana tambahan bernilai S$200 juta

- Memperkemas skim-skim sedia ada yang ditawarkan oleh Enterprise Singapore, menjadikannya satu Skim Pembiayaan Perusahaan yang akan dilancarkan pada Oktober

- Pemerintah akan menanggung sehingga 70 peratus risiko bagi pinjaman bank yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang digabungkan kurang lima tahun, berbanding 50 peratus sekarang.

- Lanjutkan skim Pinjaman Modal Kerja SME selama dua tahun sehingga Mac 2021. Ia akan dirangkumkan ke dalam skim Pembiayaan Perusahaan

Matlamat:
Membantu SME mendakapi teknologi digital

Inisiatif:
- Memperluaskan Program Transformasi Digital untuk SME bagi membantu lebih banyak sektor seperti perakaunan, pengangkutan laut dan binaan.

- Huraian digital sedia ada yang SME boleh mendakapi termasuk teknologi lebih canggih seperti kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber.

- Lanjutkan Pakej Sokongan Penggunaan Mesin selama dua tahun untuk membantu syarikat-syarikat menanggung kos automasi

UNTUK SEMUA FIRMA

Matlamat:
Memperkemas sokongan Pemerintah untuk syarikat-syarikat agar mereka boleh mendapatkan bantuan yang sesuai berdasarkan tahap pembangunan masing-masing.

Inisiatif:
- Syarikat besar atau yang berpotensi berkembang dengan kukuh akan menerima sokongan khusus dari Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), Enterprise Singapore dan agensi-agensi lain.

- SME yang menghadapi cabaran-cabaran sama akan menerima sokongan melalui huraian-huraian yang boleh diskalakan

- Syarikat-syarikat saiz sederhana akan menerima sokongan khusus dari pelbagai kelompok industri 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan