Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas suspek pengganas dari Australia tidak dibenarkan masuk ke S'pura

Bekas suspek pengganas, Zeky Mallah, 34 tahun, tidak dibenarkan memasuki negara ini setibanya di Lapangan Terbang Changi dari Sydney semalam (6 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas suspek pengganas dari Australia tidak dibenarkan masuk ke S'pura

Bekas suspek pengganas Zeky Mallah tidak dibenarkan memasuki S'pura pada 6 Jun dan dihantar pulang ke Australia. (Petikan gambar: YouTube)

Diterbitkan : 07 Jun 2018 10:39PM Dikemas Kini : 07 Jun 2018 10:42PM

SINGAPURA: Bekas suspek pengganas, Zeky Mallah, 34 tahun, tidak dibenarkan memasuki negara ini setibanya di Lapangan Terbang Changi dari Sydney semalam (6 Jun).

Zeky tidak dibenarkan masuk kerana "rekodnya berkaitan pengganasan" dan kembali ke Australia pagi tadi (7 Jun), kata seorang jurucakap Kementerian Ehwal Dalam Negeri.

"Zeky adalah orang pertama yang didakwa pada 2003 di bawah undang-undang antipengganasan baru di Australia kerana cuba melancarkan serangan bom nekad di pejabat-pejabat Pertubuhan Perisikan Keselamatan Australia (ASIO) dan Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri," kata jurucakap itu.

"Zeky kemudian bebas daripada dua tuduhan merancang tindakan pengganas pada 2005, tetapi dijatuhi hukuman penjara dua setengah tahun selepas didapati bersalah kerana mengancam untuk menggunakan kekerasan terhadap para pegawai Komanwel (kerajaan Australia)."

Terdapat juga laporan tentang Zeky berkunjung ke Syria, dan menyokong kumpulan-kumpulan militan berkaitan dengan Al-Qaeda serta kumpulan pemberontak bebas tentera Syria, tambah jurucakap itu.

Semasa ditahan, Zeky cuba menghubungi rangkaian penyiaran Australia, Seven Network, sebelum telefon bimbitnya dirampas pihak berkuasa Singapura, menurut laporan media.

Zeky memberitahu seorang wartawan Seven News melalui panggilan telefon tentang dirinya ditahan dan disoal siasat selama sekitar lima jam.

"Mereka menanyakan saya beberapa soalan tentang sejarah saya, urusan saya dengan kerajaan Australia, ASIO, lawatan saya ke Turki, Syria," katanya melalui panggilan telefon video yang disiarkan.

Zeky juga dipercayai tidak dibenarkan memasuki Singapura kerana sidang puncak Trump-Kim yang bakal berlangsung pada 12 Jun.

"Saya rasa mereka tidak menginginkan seseorang seperti saya dalam negara ini," kata Zeky.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan