Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas penghantar makanan Deliveroo yang langgar budak 3 tahun di Nex dikenakan probesyen

Seorang penunggang skuter elektrik dikenakan probesyen setahun pada Khamis (25 Jul) kerana melanggar seorang budak lelaki berusia tiga tahun di sebuah pusat beli-belah di Serangoon, menyebabkannya jatuh ke belakang dan mengalami lebam di kepalanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas penghantar makanan Deliveroo yang langgar budak 3 tahun di Nex dikenakan probesyen
Diterbitkan : 25 Jul 2019 02:28PM Dikemas Kini : 25 Jul 2019 02:31PM

SINGAPURA: Seorang penunggang skuter elektrik dikenakan probesyen setahun pada Khamis (25 Jul) kerana melanggar seorang budak lelaki berusia tiga tahun di sebuah pusat beli-belah di Serangoon, menyebabkannya jatuh ke belakang dan mengalami lebam di kepalanya.

Bekas pekerja Deliveroo Neo Jia Ming, 20 tahun, sedang dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggannya apabila dia bertembung dengan seorang kanak-kanak di luar sebuah kedai di tingkat empat pusat beli-belah Nex pada 18 Mac.

Dia turun dari e-skuternya dan memberikan nombor telefon bimbitnya kepada ibu kanak-kanak itu sebelum meneruskan perjalanannya menghantar makanan. Wanita tersebut kemudian membuat laporan polis.

Hakim Daerah May Mesenas memerintahkan Neo melaksanakan khidmat masyarakat selama 80 jam dan menjalani rawatan psikiatri atau psikologi jika perlu.

Beliau memerintahkan laporan kesesuaian probesyen di sesi perbicaraan terakhir, apabila Neo mengaku bersalah menunggang e-skuter secara berbahaya dan membahayakan keselamatan diri mangsa.

Neo, yang juga sedang menjalani Perkhidmatan Negara ketika melakukan kesalahan itu, didapati sesuai untuk dikenakan probesyen, menurut pendakwa.

Apabila ditanya oleh hakim, Neo berkata bahawa pekerjaan barunya sebagai penolong gudang bermula bulan ini, dan dia tidak berminat bersekolah.

Menurutnya, dia telah melakukan pekerjaan-pekerjaan jangka pendek, dengan tempoh paling lama kekal dalam pekerjaan selama setahun.

"Adakah ini dapat bertahan?" tanya Hakim Daerah May Mesenas. "Anda tidak boleh lompat pekerjaan. Berbincang dengan keluarga anda, cari sesuatu yang anda minat, satu kemahiran yang anda mahu pelajari."

Ibu Neo dan salah seorang bapa saudara yang dia tinggal bersamanya membayar bon sebanyak S$5,000 bagi memastikan kelakuan baiknya semasa tempoh probesyen.

Denda maksimum bagi kesalahan menyebabkan kecederaan akibat perbuatan cuai ialah hukuman penjara setahun, didenda S$5,000, atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan