Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pengetua, 2 guru pusat tuisyen dihukum penjara; bantu pelajar menipu dalam peperiksaan GCE O

 Seorang pengetua dan dua guru di sebuah pusat tuisyen privet berpakat antara mereka bertiga untuk membantu enam pelajar asing menipu dalam peperiksaan GCE Peringkat O pada 2016, dengan mengggunakan peralatan Bluetooth dan telefon bimbit yang dipasang pada badan para pelajar.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pengetua, 2 guru pusat tuisyen dihukum penjara; bantu pelajar menipu dalam peperiksaan GCE O

(Dari kiri) Bekas pengetua Poh Yuan Nie, Fiona Poh Min dan Feng Riwen. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 16 Sep 2020 05:32PM Dikemas Kini : 16 Sep 2020 05:39PM

SINGAPURA: Seorang pengetua dan dua guru di sebuah pusat tuisyen privet berpakat antara mereka bertiga untuk membantu enam pelajar asing menipu dalam peperiksaan GCE Peringkat O pada 2016, dengan mengggunakan peralatan Bluetooth dan telefon bimbit yang dipasang pada badan para pelajar.

Menyusuli perbicaraan yang lama berjalan, Pony Poh Yuan Nie, 54, yang merupakan pengetua pusat tersebut ketika itu, dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun pada Rabu (16 Sep).

Fiona Poh Min, 33, seorang lagi tertuduh dikenakan hukuman penjara selama tiga tahun manakala warga China Feng Riwen, 28, dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan empat bulan.

Mereka bertiga - yang bertugas di Zeus Education Centre yang tidak lagi berfungsi - didakwa dengan 27 tuduhan menipu pada Julai selepas perbicaraan berjalan selama 20 hari sepanjang tempoh selama satu tahun setengah.

Menurut para pendakwa, kesalahan-kesalahan itu menjejas kewibawaan dan integriti peperiksaan GCE O, iaitu "peperiksaan peringkat nasional yang penting dalam sistem pendidikan negara", sehingga menjejas nilai-nilai yang menyokong" sistem itu.

Pony merancang komplot itu dan pihak pendakwa menyifatkannya sebagai "operasi yang berani, pelbagai aspek dan peka masa", dengan para pelajar memasang peralatan itu pada tubuh mereka dan menyembunyikannya di bawah pakaian masing-masing.

"Operasi sulit" itu dijalankan bagi tiga kertas peperiksaan. Ia hanya dikesan apabila seorang pengawas peperiksaan terdengar bunyi penghantaran elektronik yang mencurigakan dan suara yang datang daripada salah seorang pelajar itu.

Peperiksaan pada Oktober 2016 itu diduduki oleh enam pelajar yang berusia antara 17 dengan 20 tahun, bagi subjek-subjek termasuk Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan