Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pemandu penghantaran FedEx dipenjara, curi kasut dari syarikat, dompet penumpang

Bekas pemandu penghantaran FedEx didapati bersalah mencuri sepatu sukan daripada kiriman syarikat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pemandu penghantaran FedEx dipenjara, curi kasut dari syarikat, dompet penumpang

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 01 Dec 2020 06:55PM Dikemas Kini : 01 Dec 2020 06:57PM

SINGAPURA: Bekas pemandu penghantaran FedEx didapati bersalah mencuri sepatu sukan daripada kiriman syarikat itu dan kemudian mengambil dompet daripada pelajar yang menaiki khidmat kongsi kereta Ryde bersamanya.

Bagi satu kesalahan mencuri dan satu lagi kesalahan secara tidak jujur menyalah guna harta atau hak orang lain, Mohammad Hanafi Ja'afar, 32, dipenjara 14 hari pada hari ini (1 Dis).

Tiga lagi tuduhan- melibatkan mencuri tiga pasang kasut dan dua pasang sandal dari bangunan FedEx - juga diambil kira.

Mahkamah diberitahu bahawa Hanafi bekerja sebagai pekerja penghantaran dengan FedEx.

Dia pertama kali mencuri dua pasang sandal bernilai S$200 dari bangunan FedEx di Taman Logistik Lapangan Terbang pada 20 Jun tahun lalu.

Pada keesokan hari, dia mencuri sepasang kasut Vans bernilai S$89 dan sepasang sepatu Adidas bernilai S$150.

Dia juga mencuri satu lagi pasang kasut Nike bernilai S$150 pada 24 Jun tahun lalu sebelum mengambil tiga pasang kasut Puma atau Adidas bernilai S$390 secara keseluruhan dua hari selepas itu.

Hanafi mula bekerja sebagai pemandu kereta sewa privet Ryde dan melakukan jenayah sekali lagi pada Januari tahun ini.

Dia menjemput seorang pelajar berusia 24 tahun dan seorang lagi penumpang pada 8 Januari sebelum menurunkan mereka.

Pelajar itu kemudian menghubungi Hanafi untuk mencari dompetnya tetapi Hanafi tidak dapat menjumpai dompet tersebut.

Dia menemui dompet itu pada keesokan hari semasa membersihkan keretanya.

Dia bagaimanapun tidak memulangkan dompet itu tetapi mengambil wang sekitar S$45 dan sekeping kad EZ-Link yang mempunyai nilai sekitar S$13.80.

Dia kemudian membuang dompet itu dan isinya yang lain seperti kad, kad pengenalan, kad SAF11B dan lesen memandu.

Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya.

Bagi menyalah guna harta atau hak orang lain secara tidak jujur, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan