Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pegawai Keppel Shipyard terima rasuah S$700,000

Seorang pegawai pemerolehan kanan yang berkhidmat di Keppel Shipyard mengaku bersalah pada Jumaat (15 Feb) bagi 54 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, setelah mengambil rasuah berjumlah lebih S$700,000.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pegawai Keppel Shipyard terima rasuah S$700,000

Seorang pegawai pemerolehan kanan yang berkhidmat di Keppel Shipyard mengaku bersalah ambil rasuah. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 16 Feb 2019 09:16AM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 09:20AM

SINGAPURA: Seorang pegawai pemerolehan kanan yang berkhidmat di Keppel Shipyard mengaku bersalah pada Jumaat (15 Feb) bagi 54 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, setelah mengambil rasuah berjumlah lebih S$700,000.

Neo Kian Siong, yang bertanggungjawab bagi pemerolehan bekalan bagi Keppel Shipyard, mengambil rasuah sejak 14 tahun lalu sebelum jenayah yang dilakukannya dikesan.

Lelaki berusia 63 tahun itu mengaku bersalah ke atas 54 daripada 395 tuduhan termasuk mengambil rasuah dan terlibat dalam pengubahan wang haram. Tuduhan-tuduhan lain akan dipertimbangkan semasa dia dijatuhi hukuman, yang dijangka akan berlaku pada 17 April.

Rasuah-rasuah tersebut digunakan untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak bagi rumah-rumah dan kereta, membeli saham-saham di beberapa firma dan membiayai beberapa premium insuran.

Dia menggunakan lebih S$54,000 untuk membayar hutang-hutang tertunggak bagi unit kondominium Chantilly Rise di Bukit Batok, dan membayar wang deposit lebih S$132,000 bagi dua buah kereta - Honda Odyssey dan Volkswagen Passat.

Neo juga menggunakan wang tersebut untuk membeli saham-saham kepunyaan Keppel Corporation, Tiger Airways, Liongold Corp dan Innopac Holdings bernilai S$38,000, dan membiayai beberapa premium insuran.

Dia kini dibenarkan diikat jamin S$50,000.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan