Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas pegawai jagaan dirotan, dijel lebih 10 tahun; rogol budak perempuan rumah tumpangan kanak-kanak

Seorang lelaki menjalin hubungan cinta dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun di sebuah rumah tumpangan kanak-kanak tempat dia bekerja. Lelaki tersebut merogol budak itu ketika mangsa berusia 13 tahun dan setelah dia sudah berhenti bekerja di rumah berkenaan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas pegawai jagaan dirotan, dijel lebih 10 tahun; rogol budak perempuan rumah tumpangan kanak-kanak

Gambar fail Mahkamah Tinggi Singapura. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 21 Sep 2020 06:54PM Dikemas Kini : 21 Sep 2020 06:55PM

SINGAPURA: Seorang lelaki menjalin hubungan cinta dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun di sebuah rumah tumpangan kanak-kanak tempat dia bekerja. Lelaki tersebut merogol budak itu ketika mangsa berusia 13 tahun dan setelah dia sudah berhenti bekerja di rumah berkenaan.

Apabila perbuatannya terbongkar, lelaki itu menyuruh mangsa berbohong kepada polis sambil mengajarnya mengenai bagaimana untuk berbuat demikian di samping mengarahkannya supaya memadamkan mesej daripada telefon bimbitnya,

Atas satu tuduhan merogol budak bawah umur dan satu lagi tuduhan menghalang proses keadilan, lelaki berumur 31 tahun itu dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima bulan pada Isnin (21 Sep), dengan enam sebatan rotan.

Lagi sembilan tuduhan merogol serta mengadakan hubungan seks dengan budak bawah umur turut diambil kira ketika menjatuhkan hukuman.

Nama lelaki tersebut tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah bagi mengelak sebarang penerbitan yang boleh mengenal pasti identiti mangsa.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa mula tinggal di rumah tumpangan kanak-kanak yang tidak diidedahkan nama rumah tumpangan tersebut pada Mac 2008 ketika usianya empat tahun. Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) memohon perintah mahkamah supaya dia dapat tinggal di sana demi keselamatannya kerana terdapat sejarah
keganasan rumah tangga dalam keluarganya.

Walaupun setelah tamat tempoh perintah mahkamah, budak perempuan itu terus menetap di rumah tumpangan berkenaan kerana ibu bapanya tidak dapat menjaganya. Dia masih lagi tinggal di sana sehingga ke hari ini.

Tertuduh mula bekerja sebagai pegawai jagaan di rumah tumpangan tersebut pada Mac 2016 ketika usianya 27 tahun dan budak perempuan itu pula berumur 11 tahun. Budak tersebut diletakkan di bawah jagaan lelaki itu dan menjadi semakin rapat dengannya kerana merasakan hanya dia yang ikhlas mendengar keluhannya selain memberi sokongan kepadanya.

Tertuduh berkahwin dengan seorang wanita lain pada September 2016 namun masih meneruskan hubungan cinta dengan mangsa. Para pekerja di rumah tumpangan tersebut bagaimanapun tidak tahu-menahu tentang hubungan mereka.

Lelaki tersebut meletak jawatan dari rumah tumpangan berkenaan pada 2017. Pada Mac 2018, dia menjalin hubungan cinta dengan mangsa. Tidak lama kemudian, dia mula merogolnya.

"Mereka selalu mengadakan hubungan seks tanpa sebarang perlindungan sekurang-kurangnya sekali sebulan, sehingga kira-kira 10 hingga 15 kali secara keseluruhannya," menurut para pendakwa. Hubungan seks itu diadakan di dalam tandas bagi golongan kurang upaya, di dalam kereta bapa tertuduh serta tempat-tempat lain.

Pada Mei 2019, para pekerja rumah tumpangan berkenaan ternampak tertuduh dan mangsa berkelakuan mesra di sebuah perhentian bas berhampiran.

Mereka bersemuka dengannya dan dia mengaku mengadakan hubungan seks dengan mangsa. Pada hari yang sama selepas itu, para pekerja tersebut pergi ke balai polis bersama tertuduh di mana di menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Lelaki itu dinilai di Institut Kesihatan Mental (IMH) dan didapati layak untuk merayu di mahkamah. Dia tidak mengalami sebarang masalah mental dan tidak mempunyai masalah paedofilik.

Tertuduh juga dinilai sebagai berisiko rendah melakukan kesalahan kerana dia berasa menyesal. Dia tidak ada sejarah forensik dan keadaan di sekitar kesalahan itu tidak mungkin diulangi.

Mangsa dinilai oleh seorang doktor dari Klinik Bimbingan Kanak-kanak yang mendapati dia berasa sedih, berdiam diri dan menyisihkan diri sejak tertuduh ditangkap.

Bagaimanapun, budak perempuan itu boleh memberikan tumpuan di dalam bilik darjah, menunjukkan prestasi agak baik dalam peperiksaan dan tidak menunjukkan sebarang simptom gangguan tekanan pasca trauma.

Bagi kesalahan merogol budak bawah umur, lelaki tu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda atau disebat.

Bagi kesalahan menghalang proses keadilan, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan