Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas konsultan utama IMDA antara 2 individu didakwa bersubahat tipu lembaga berkanun

Bekas konsultan utama Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) didakwa pada Selasa (26 Jan) atas tuduhan bersubahat untuk menipu dua lembaga berkanun.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas konsultan utama IMDA antara 2 individu didakwa bersubahat tipu lembaga berkanun

Jeffrey Ho Kiat dan Ng Sok Luan (kanan). (Gambar-gambar Hanidah Amin)

Diterbitkan : 26 Jan 2021 01:14PM Dikemas Kini : 26 Jan 2021 01:18PM

SINGAPURA: Bekas konsultan utama Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) didakwa pada Selasa (26 Jan) atas tuduhan bersubahat untuk menipu dua lembaga berkanun.

Jeffrey Ho Kiat, 54, didakwa dengan tuduhan bersubahat untuk menipu IMDA dan Persatuan Rakyat (PA) lebih S$77,000.

Bekas pengarah Goldentree Innovations and Creative Futures Agency, Ng Sok Luan, 42, juga didakwa atas tuduhan yang sama pada Selasa.

Menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), kedua-dua tertuduh dipercayai berpakat sekitar 2018 untuk menipu PA dengan merahsiakan kepentingan Ho dalam Goldentree, yang juga merupakan pembekal Jzsfotografix and Zelkova Serrata.

Ho dan Ng meyakinkan PA supaya membuat bayaran yang hampir S$35,700 kepada ketiga-tiga syarikat bagi tugasan yang diberikan kepada mereka, menurut CPIB.

Kedua-dua tertuduh dipercayai bersubahat untuk memperdayakan IMDA dengan merahsiakan kepentingan Ho dalam Goldentree dan Creative Futures.

Ho dan Ng masing-masing berdepan dengan 12 tuduhan menipu dan bersikap tidak jujur ​​bagi mendorong penghantaran harta benda yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Peguam bela Ng, Cik Gino Hardial Singh meminta mahkamah masa untuk mendapatkan arahan dan mengemukakan rayuan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan