Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas juruterbang SIA didenda kerana hantar gambar mayat amah melalui WhatsApp

Seorang bekas juruterbang Singapore Airlines didenda S$3,000 pada Isnin (2 Sep) kerana mengirimkan gambar mayat seorang pembantu rumah asing. 

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas juruterbang SIA didenda kerana hantar gambar mayat amah melalui WhatsApp

Fazli Hisham Mohd Fairuz Shah. (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 02 Sep 2019 02:13PM Dikemas Kini : 02 Sep 2019 02:17PM

SINGAPURA: Seorang bekas juruterbang Singapore Airlines didenda S$3,000 pada Isnin (2 Sep) kerana mengirimkan gambar mayat seorang pembantu rumah asing. Gambar tersebut dihantar kepadanya oleh teman wanitanya yang merupakan seorang paramedik.

Fazli Hisham Mohd Fairuz Shah, 29 tahun, didapati bersalah minggu lalu atas dua kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Tuduhan-tuduhan itu berhubung gambar seorang pembantu rumah yang ditemui mati akibat menggantung dirinya pada kipas angin dan gambar kedua pula adalah berhubung dokumen berkaitan yang dipetik oleh teman wanita Fazli, Nurizzah Afiqah Hussain.

Peguamnya meminta denda tidak lebih S$1,000 bagi setiap tuduhan, dengan berhujah bahawa anak guamnya itu sudah dihukum kerana dipecat oleh majikannya.

Fazli dikenakan denda yang sama seperti Nurizah, yang dijatuhi hukuman pada Ogos tahun lalu.

Fazli boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun dan dikenakan denda maksimum S$2,000 bagi setiap tuduhan di bawah OSA. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan