Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas jurutera RSAF dipenjara kerana kes tipu bernilai lebih S$1.8 juta

Bekas jurutera RSAF melakukan penipuan kontrak-kontrak melibatkan pihak pemerintah

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas jurutera RSAF dipenjara kerana kes tipu bernilai lebih S$1.8 juta

Gambar fail seseorang digari. (Gambar/TODAY)

Diterbitkan : 27 Jul 2018 08:47PM Dikemas Kini : 27 Jul 2018 08:49PM

SINGAPURA: Seorang bekas jurutera Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF) yang melakukan penipuan kontrak-kontrak melibatkan pihak pemerintah yang bernilai lebih S$1.8 juta, dihukum penjara lebih dua tahun, hari ini (27 Jul).

Rajkumar Padmanathan, 49 tahun, berkhidmat dengan RSAF dari 1989 hingga 2012. Antara 2008 hingga 2012, dia memegang jawatan sebagai Petugas Bertanggungjawab ke atas Penerbangan Kawalan Api, di Pangkalan Udara Tengah.

Tugasnya memerlukan dia mengemukakan permintaan-permintaan bagi kerja-kerja peningkatan atau penyenggaraan di pangkalan udara tersebut di mana para kontraktor bersaing mendapatkan tender yang dikemukakan.

Selepas menerima tawaran harga daripada para kontraktor, Rajkumar akan memberikan saranannya kepada para pegawai atasannya yang menentukan siapa berjaya mendapat tender yang ditawarkan.

Namun, RSAF tidak tahu akan pelibatannya dalam empat perniagaan yang mengemukakan tender bagi tugasan-tugasan RSAF, antara 2010 hingga 2014. Semasa tempoh tersebut, dia kemukakan tender-tender sendiri dan menyarankan kontrak-kontak itu diberikan sama ada kepada dirinya ataupun rakan-rakan subahatnya.

Rajkumar mengaku bersalah pada Mei lalu kepada sebanyak 19 dakwaan penipuan, termasuk lapan tuduhan di bawah Akta Rahsia Rasmi dan satu dakwaan rasuah. Tambahan 223 tuduhan turut dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.

Hakim menjatuhkan hukuman penjara 25 bulan dan 6 minggu. Beliau membenarkan Rajkumar menangguhkan hukuman penjaran selama dua minggu bagi menjaga ibunya yang sakit.

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan