Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas jurutera dipenjara kerana curi barangan komputer bernilai S$62,000 dari IMDA

Seorang jurutera yang mencuri komputer-komputer riba dan barangan komputer lain bernilai S$62,000, semasa bekerja di Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), dijatuhi hukuman penjara dua tahun pada Isnin (18 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas jurutera dipenjara kerana curi barangan komputer bernilai S$62,000 dari IMDA

(Gambar fail: Xabryna Kek).

Diterbitkan : 18 Feb 2019 03:18PM Dikemas Kini : 18 Feb 2019 03:21PM

SINGAPURA: Seorang jurutera yang mencuri komputer-komputer riba dan barangan komputer lain bernilai S$62,000, semasa bekerja di Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), dijatuhi hukuman penjara dua tahun pada Isnin (18 Feb).

Soh Jun Sheng, seorang warga Malaysia 23 tahun, dan Penduduk Tetap Singapura, menyertai syarikat IT NCS mulai 26 Mac tahun lalu, menurut mahkamah.

Ini, semasa tempoh ikat jaminnya di atas kesalahan memecah masuk sebuah rumah di Chiselhurst Grove kerana mencuri barangan elektronik bernilai sebanyak S$4,650 pada 16 Nov, 2017.

Sebagai sebahagian daripada tugas barunya di NCS, Soh menawarkan sokongan IT kepada IMDA seperti diarahkan oleh jabatan khidmat NCS dengan memberikan atau menukar komputer riba bagi para kakitangan IMDA.

Dia diberikan akses kepada beberapa bilik di IMDA di mana komputer-komputer riba dan aksesori disimpan dan mengambil keputusan untuk mencuri dari bilik-bilik tersebut untuk melunaskan hutang-hutangnya dengan bapa dan teman rapatnya serta bank.

Beberapa minggu setelah menyertai syarikat itu, Encik Soh mula mencuri barangan dari IMDA, termasuk 30 komputer riba Lenovo ThinkPad, enam iPad, 6 monitor Lenovo, 17 stesen dok, 80 adaptor Lenovo, 25 beg komputer riba dan 32 tetikus Lenovo.

Soh menukar format pemacu cakera keras tujuh komputer riba yang dicurinya agar dia dapat menembusi sistem keselamatan yang asalnya dipasang oleh IMDA dan menjualnya.

Seorang kakitangan IT dari NCS membuat laporan polis dan Soh diberkas pada 4 Jun. Beberapa peralatan komputer dan aksesori ditemui semasa serbuan di rumah dan pejabatnya, di antaranya kepunyaannya sendiri.

Siasatan mendedahkan bahawa dia menjual beberapa barangan yang dicuri di Carousell menggunakan nama pengguna "1sell2buy" dan meraih keuntungan sekitar S$28,000.

Kesemua barangan dijual diperolehi semula daripada para pembeli, kecuali dua adaptor Lenovo yang telah dihantar ke luar negara oleh para pembeli.

Soh mengaku bersalah pada Isnin terhadap sembilan tuduhan termasuk jenayah pecah amanah sebagai seorang pekerja, mencuri dan beberapa tuduhan di bawah Akta Salah Guna Komputer dan Keselamatan Siber.

15 tuduhan lagi diambil kira dalam menjatuhkan hukuman. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan