Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas ejen AIA dikenakan arahan larangan 8 tahun gara-gara menipu

Bekas ejen AIA Singapore, Tan Peng Khoon, dikenakan arahan larangan selama lapan tahun oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas ejen AIA dikenakan arahan larangan 8 tahun gara-gara menipu

Logo MAS. (Gambar: REUTERS/Edgar Su/Files)

Diterbitkan : 24 Jan 2018 08:14PM Dikemas Kini : 24 Jan 2018 08:16PM

SINGAPURA: Bekas ejen AIA Singapore, Tan Peng Khoon, dikenakan arahan larangan selama lapan tahun oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (24 Jan) MAS menyatakan Tan semasa bertugas sebagai ejen AIA, memperdaya seorang pelanggan yang tidak tahu berbahasa Inggeris supaya menandatangani dokumen-dokumen untuk menyerahkan polisi hayat peribadi bagi memperolehi wang tunai sebanyak $2,018 dan mengambil hutang polisi berjumlah $6,500.

Menggunakan dokumen-dokumen tersebut, Tan menipu AIA supaya memberikan dua cek atas nama pelanggannya, dengan jumlah $8,518.

"Tan kemudian mengaturkan agar pelanggan itu menjadikan Tan sebagai pemegang bersama bagi akaun bank beliau, dengan menipu bahawa Tan berniat untuk memasukkan deposit yuran yang diberikan kepadanya ke dalam akaun tersebut untuk membayar hutang yang dipinjam oleh pelanggan berkenaan," tambah MAS.

Ini membolehkan Tan menyimpan cek AIA dalam akaun bersama itu dan mengeluarkan wang tunai.

Tan disabit kesalahan menipu dan melakukan pemalsuan pada 27 April 2015 dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada November tahun yang sama.

Menurut MAS, Tan dilarang daripada meneruskan tugas atau melibatkan diri dalam pengurusan sebagai perantara insurans di bawah Akta Insurans.

Dia juga dilarang daripada menyediakan sebarang khidmat nasihat kewangan dan mengambil bahagian dalam pengurusan, sebagai pengarah atau menjadi pemegang saham mana-mana firma penasihat kewangan di bawah Akta Penasihat Kewangan, tambah MAS.

Arahan larangan itu berkuat kuasa mulai 24 Januari 2018, menurut MAS.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan