Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas CFO didakwa terima upah bocor maklumat firma

Seorang bekas ketua pegawai kewangan didakwa di mahkamah kerana membocorkan maklumat penting,

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas CFO didakwa terima upah bocor maklumat firma

Gambar hiasan. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 22 Jul 2021 05:33PM Dikemas Kini : 22 Jul 2021 06:03PM

SINGAPURA: Seorang bekas ketua pegawai kewangan didakwa di mahkamah kerana membocorkan maklumat penting, bersama dua orang lain yang membeli saham-saham berdasarkan maklumat yang diberikannya.

Tan Chee Keong juga dituduh menerima S$30,000 sebagai upah memberikan maklumat itu.

Tan bertugas di syarikat pengilangan Broadway Industrial Group pada 2016.

Dia dipercayai berkongsi penjualan perniagaan syarikat itu.

Hasil perkongsian itu, Hui Choy Leng didakwa membeli hampir 2.4 juta saham, bernilai lebih S$300,000, pada Julai dan Ogos 2016.

Dia dituduh menggunakan akaun saham bapanya tanpa notis.

Tay Yew Khem pula didakwa membeli 900,000 saham bernilai sekitar S$118,000.

Dia dipercayai memberikan Tan S$30,000.

Kes-kes itu akan dibicarakan lagi bulan depan.

Bagi kesalahan perdagangan orang dalam, seseorang itu boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda sehingga S$250,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/NA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan