Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bekas anggota PSP fail permohonan tubuh parti politik baru Red Dot United

Bekas anggota Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Ravi Philemon dan Cik Michelle Lee, sudah memfailkan permohonan untuk menubuhkan sebuah parti politik baru yang dinamakan Red Dot United.

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas anggota PSP fail permohonan tubuh parti politik baru Red Dot United

Encik Ravi Philemon (kiri) dan Cik Michelle Lee. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 31 May 2020 06:11PM Dikemas Kini : 31 May 2020 06:21PM

SINGAPURA: Bekas anggota Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Ravi Philemon dan Cik Michelle Lee, sudah memfailkan permohonan untuk menubuhkan sebuah parti politik baru yang dinamakan Red Dot United.

Sekumpulan individu yang mempunyai visi yang sama berusia 25 hingga 55 tahun sudah berkumpul bersama untuk membentuk parti baru, menurut Encik Philemon dalam satu sidang media maya pada Jumaat (29 Mei). Encik Philemon akan menjadi setiausaha agung parti tersebut, manakala Cik Lee akan menjadi pengerusinya.

Terdapat lebih 10 orang di dalam kumpulan itu yang memfailkan permohonan untuk menubuhkan parti tersebut. Dalam kalangan mereka adalah bekas anggota parti politik lain. Selain Cik Lee dan Encik Philemon, dua orang lagi adalah bekas anggota PSP, menurut Encik Philemon.

Cik Lee melepaskan jawatan sebagai timbalan pengerusi PSP pada Mac, sambil menukil komitmen keluarga manakala Encik Philemon meletak jawatan pada 12 Mei. Sebelum menyertai PSP, Cik Lee sebelum ini anggota Parti Demokratik Singapura (SDP) dan mengambil bahagian dalam Pilihan Raya 2011.

Encik Philemon, yang mengambil bahagian dalam Pilihan Raya 2015 sebagai anggota Parti Rakyat Singapura (SPP), berkata bahawa beliau merancang menubuhkan sebuah platform politik "sejak bertahun-tahun lalu".

Namun apabila PSP ditubuhkan, beliau menangguhkan rancangannya dan menyertai parti Dr Tan Cheng Bock itu. Bagaimanapun, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk "berpisah dengan baik".

"Mengapa kami meninggalkan PSP? Ada kemungkinan kerana kami bertanya terlalu banyak soalan," katanya. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan