Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Beberapa pesakit di S'pura alami kesan sampingan ringan setelah diberi vaksin selesema terkait kematian di Korea Selatan

Beberapa pesakit yang diberi vaksin demam selesema yang dikaitkan dengan kes kematian di Korea Selatan mengalami gejala ringan seperti mual atau ruam setelah diberi suntikan itu. Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (29 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Beberapa pesakit di S'pura alami kesan sampingan ringan setelah diberi vaksin selesema terkait kematian di Korea Selatan

Seorang individu mendapatkan suntikan vaksin terhadap COVID-19 daripada firma bioteknologi Jerman. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 29 Oct 2020 05:16PM Dikemas Kini : 29 Oct 2020 05:27PM

SINGAPURA: Beberapa pesakit yang diberi vaksin demam selesema yang dikaitkan dengan kes kematian di Korea Selatan mengalami gejala ringan seperti mual atau ruam setelah diberi suntikan itu. Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (29 Okt).

Kesemua pesakit terbabit sudah sembuh, tambah MOH.

MOH mengeluarkan penasihat pada Ahad (25 Okt) kepada penyedia jagaan kesihatan dan pengamal perubatan untuk hentikan penggunaan SkyCellflu Quadrivalent, yang dihasilkan oleh SK Bioscience dan diedarkan di sini oleh AJ Biologics, serta vaksin VaxigripTetra yang dihasilkan oleh Sanofi Pasteur dan diedarkan oleh Sanofi Aventis.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan, kedua-dua vaksin itu, serta lima lagi vaksin yang tidak ditawarkan di Singapura, diberikan kepada beberapa individu yang kemudian meninggal dunia di sana.

MOH menyatakan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menerima dua laporan tahun ini melibatkan pesakit yang mengalami simptom rasa tidak selesa pada tekak, mual atau ruam setelah diberi suntikan vaksin SkyCellflu Quadrivalent.

Beberapa pesakit yang diberi suntikan vaksin VaxigripTetra sejak 2019 juga melaporkan tindak balas seperti ruam di bahagian yang disuntik. Sejauh ini, HSA menerima tujuh laporan berhubung pesakit yang mengalami kesan sampingan tersebut.

Mediacorp sebelum ini melaporkan bahawa beberapa doktor di Singapura memberikan suntikan vaksin Vaxigrip Tetra, namun para pesakit berkenaan tidak mengalami sebarang komplikasi.

Enam daripada 14 doktor yang ditemui berkata mereka memberi suntikan vaksin Vaxigrip Tetra sebelum ini - meskipun hanya tiga yang berbuat demikian baru-baru ini. Kesemua 14 doktor itu tidak menggunakan vaksin SkyCellflu Quadrivalent. MOH menyatakan kesan sampingan serius berkaitan dengan vaksin selesema jarang berlaku dan menyatakan tiada kes kematian dilaporkan akibat suntikan vaksin tersebut di Singapura.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan