Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Beach Road disuntik nafas baru dengan projek Guoco Midtown

Projek-projek pembangunan baru di kawasan Beach Road dijangka menambah sekitar 1,100 unit rumah dan 910,000 kaki persegi ruang pejabat di kawasan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Apr 2019 08:43PM Dikemas Kini : 22 Apr 2019 10:38PM

SINGAPURA: Projek-projek pembangunan baru di kawasan Beach Road dijangka menambah sekitar 1,100 unit rumah dan 910,000 kaki persegi ruang pejabat di kawasan itu. Ia termasuk projek Guoco Midtown dan pembangunan semula Shaw Tower.

Bagi projek pelbagai guna, Guoco Midtown, syarikat hartanah serantau GuocoLand akan melabur lebih S$2 bilion. Lebih 80 peratus ruangnya adalah untuk kegunaan pejabat.

GuocoLand berharap bakal penyewa akan menggunakan bangunan tersebut untuk menarik dan mengekalkan bakat.

Guoco Midtown akan dibangunkan di tapak yang terletak bertentangan dengan Suntec City. Ia seluas hampir 950,000 kaki persegi dan kebanyakan ruangnya akan digunakan bagi tujuan komersil.

Para penganalisis berkata permintaan keseluruhannya bagi ruang pejabat kekal kukuh sedang firma-firma cuba menarik bakat baru.

Guoco sedang cuba menarik syarikat-syarikat yang mahukan sewa ruang fleksibel. Terdapat juga lebih 200 unit kediaman mewah dan ia dianggarkan berharga S$3,000 setiap kaki persegi.

Pembangunan tersebut dijangka siap pertengahan pertama 2022. 

Sumber : CNA/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan