Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bayaran tambahan S$650 bagi sesetengah penjaja Ci Yuan satu 'salah faham', menurut Fei Siong

Yuran pengurusan bagi kawalan mutu sebanyak S$600 dan yuran tukaran duit syiling sebanyak S$50 yang dikenakan ke atas penjaja di Pusat Penjaja Ci Yuan di Hougang tidak diwajibkan ke atas sesetengah penjajanya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Bayaran tambahan S$650 bagi sesetengah penjaja Ci Yuan satu 'salah faham', menurut Fei Siong

Pusat Penjaja Ci Yuan. (Gambar: Fann Sim)

Diterbitkan : 07 Sep 2018 11:21PM Dikemas Kini : 07 Sep 2018 11:26PM

SINGAPURA: Yuran pengurusan bagi kawalan mutu sebanyak S$600 dan yuran tukaran duit syiling sebanyak S$50 yang dikenakan ke atas penjaja di Pusat Penjaja Ci Yuan di Hougang tidak diwajibkan ke atas sesetengah penjajanya. Syarikat pengurusan pusat penjaja itu, Fei Siong Food Management, menerangkan demikian hari ini (7 Sep).

Perusahaan sosial itu menyatakan demikian sebagai respons kepada sesetengah pegerai yang menyuarakan rasa kurang senang, dengan yuran bulanan S$650 di samping kos sewa wajib yang perlu dibayar.

"Kami percaya ini satu salah faham antara pasukan kami dan penjaja", kata pengurus Besar Fei Siong Food Management, Joe Sng.

Beliau menerangkan bahawa yuran S$600 itu diperkenalkan pada bulan Julai bagi menangani keprihatinan pihak pengurusan mengenai saiz hidangan yang dijual oleh para penjaja.

Pihak pengurusan memperkenalkan yuran itu selepas menerima aduan daripada para penduduk mengenai saiz hidangan yang dijual semakin kecil.

Encik Sng menambah bahawa kawalan mutu dijalankan oleh kakitangan Fei Siong sendiri.

Pasukan operasi di pusat penjaja juga melakukan rondaan bagi memeriksa mutu, saiz makanan dan piawai kebersihan makanan.

Mediacorp difahamkan bahawa Pusat Penjaja Ci Yuan adalah satu-satunya pusat penjaja yang mengenakan yuran itu bagi kawalan mutu.

ADA YANG BAYAR, ADA YANG TIDAK

Encik Sng turut menekankan bahawa khidmat tersebut tidak diwajibkan bagi sesetengah penjajanya, terutamanya mereka yang tidak menyertai Program Keusahawanan pihak pengendali.

Di bawah program itu, para penjaja menerima latihan, bimbingan serta bantuan kewangan untuk membuka gerai mereka sendiri.

15 daripada lebih 40 gerai di pusat penjaja itu, dimiliki pegerai yang sudahpun menjalani program berkenaan, kata Encik Sng. Oleh itu, yuran tambahan wajib dibayar oleh para penjaja tersebut.

Bagi para penjaja yang membuka gerai dengan wang mereka sendiri, mereka tidak perlu membayar yuran pengurusan kawalan mutu sebanyak S$600 sekiranya mereka tidak mahu mendapatkan khidmat tersebut. 

LAPORAN BERKAITAN: 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan