Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bayaran sekali saja untuk pekerja yang hilang pendapatan, cuti tanpa gaji semasa langkah waspada dipertingkat

Para pekerja berpendapatan lebih rendah hingga pertengahan yang terjejas secara kewangan akibat langkah-langkah COVID-19 yang diperketat baru-baru ini akan menerima pembayaran sekali sahaja di bawah geran pemulihan sementara.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayaran sekali saja untuk pekerja yang hilang pendapatan, cuti tanpa gaji semasa langkah waspada dipertingkat

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 28 May 2021 04:36PM Dikemas Kini : 28 May 2021 04:41PM

SINGAPURA: Para pekerja berpendapatan lebih rendah hingga pertengahan yang terjejas secara kewangan akibat langkah-langkah COVID-19 yang diperketat baru-baru ini akan menerima pembayaran sekali sahaja di bawah geran pemulihan sementara.

Di bawah Geran Pemulihan COVID-19 (Sementara), pekerja yang bekerja sendiri yang layak, juga akan dapat menerima sokongan tersebut, menurut Kementerian Kewangan (MOF) pada Jumaat (28 Mei).

"Mata pencarian sesetengah pekerja juga terjejas, seperti di sektor F&B, penjaja, runcit, seni dan juga sukan dan kecergasan," menurut MOF dalam kenyataan media.

"Pemerintah akan memperkenalkan skim Geran Pemulihan COVID-19 (Sementara) untuk menghulurkan sokongan sekali saja bagi pekerja berpendapatan lebih rendah hingga pertengahan dan mereka yang bekerja sendiri dan terjejas dari segi kewangan akibat langkah diperketat itu."

Individu yang layak yang dikenakan cuti tanpa gaji untuk sekurang-kurangnya sebulan antara tempoh Kewaspadaan Dipertingkat dari 16 Mei hingga 30 Jun boleh menerima pembayaran sekali sehingga S$700.

Para pekerja yang juga mengalami kehilangan pendapatan yang besar sekurang-kurangnya 50 peratus untuk sekurang-kurangnya sebulan dalam tempoh yang sama boleh menerima pembayaran sekali saja sehingga S$500, tambah MOF.

Permohonan untuk geran tersebut itu akan dibuka dari 3 Jun hingga 2 Julai. Maklumat lanjut mengenai geran itu akan dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Geran itu dilaksanakan selari dengan skim Geran Pemulihan COVID-19 yang ada. Skim ini akan terus terbuka bagi mereka yang diberhentikan atau dapat menunjukkan bahawa pendapatan mereka telah terjejas atau diarahkan ambil cuti tanpa gaji selama jangka waktu sekurang-kurangnya tiga bulan berturut-turut.

Dalam kenyataan media yang sama, MOF menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan (MOE) akan melanjutkan penangguhan pembayaran pinjaman dan faedah untuk pinjaman yuran pengajian, pinjaman pendidikan dan pinjaman program pelajar luar negeri selama empat bulan lagi, hingga 30 Sep.

MOE sebelum ini menangguhkan pembayaran balik dan faedah bagi pinjaman-pinjaman itu untuk semua lulusan universiti autonomi dan politeknik awam untuk setahun dari 1 Jun hingga 31 Mei.

"Ini akan memberi lebih banyak masa kepada graduan kami untuk menstabilkan kedudukan kewangan, dan merancang kewangan mereka," kata MOF.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan