Images
  • casino
    Kasino Resorts World Sentosa. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Bayaran masuk kasino bagi rakyat S'pura, PR dinaikkan 50%

SINGAPURA: Rakyat dan penduduk tetap Singapura (PR) akan perlu membayar levi 50% lebih tinggi untuk memasuki kasino-kasino di dua resort bersepadu (IR) mulai Khamis (4 Apr), sedang pemerintah meneruskan usaha untuk memastikan masalah perjudian terus terkawal.

Demikian diumumkan oleh kementerian-kementerian perdagangan dan perusahaan, kewangan, hal ehwal dalam negeri dan pembangunan sosial dan keluarga pada Rabu.

Mulai Khamis, levi harian bagi rakyat Singapura dan PR akan dinaikkan kepada S$150 daripada S$100 sebelum ini, manakala levi tahunan akan dinaikkan kepada S$3,000 dari S$2,000.

Langkah tersebut diumumkan di tengah-tengah rancangan industri permainan untuk memperluaskan operasi mereka, dengan Marina Bay Sands dan Resorts World Sentosa memberi komitmen sekitar S$9 bilion dalam pelaburan bukan berkaitan permainan.

Levi kemasukan adalah satu langkah perlindungan sosial untuk mencegah tabiat perjudian tidak terkawal dan secara sosial, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga.

Semasa proses menyemak semula yuran kemasukan, beberapa faktor diambil kira, termasuk masalah perjudian, pendapatan keluarga dan bayaran masuk tempat perjudian alternatif di rantau ini.

- CNA/NA/na

Top