Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bau asap di timur S'pura akibat kebakaran kambus tanah Johor

Bau asap yang boleh dihidu di sekitar timur Singapura berpunca daripada satu kebakaran di sebuah kambus tanah di Johor, menurut pihak berkuasa sekitaran Singapura pada Sabtu (9 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Bau asap di timur S'pura akibat kebakaran kambus tanah Johor

(Gambar: pembaca Mediacorp)

Diterbitkan : 09 Feb 2019 02:51PM Dikemas Kini : 09 Feb 2019 02:53PM

SINGAPURA: Bau asap yang boleh dihidu di sekitar timur Singapura berpunca daripada satu kebakaran di sebuah kambus tanah di Johor, menurut pihak berkuasa sekitaran Singapura pada Sabtu (9 Feb).

Kebakaran kambus tanah di Bandar Tenggara, di bahagian tenggara Johor berlaku sejak Selasa, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

"Pihak berkuasa Malaysia sedang berusaha tanpa henti untuk memadamkan kebakaran itu," menurut seorang jurucakap NEA bagi menjawab pertanyaan Mediacorp.

Para penduduk di bahagian timur Singapura melaporkan bau asap di udara sejak awal pagi Jumaat, dengan sebahagiannya membuat andaian di media sosial sama ada bau tersebut diakibatkan jerebu dari negara-negara lain.

Menurut NEA, pihaknya tidak mengesan "sebarang sumber kebakaran setempat atau kerosakan kilang" yang mungkin boleh mengakibatkan bau itu. Tiada jerebu rentas sempadan dikesan di rantau itu juga.

Pada Jumaat, bacaan PM2.5 setiap jam dari 4.00 pagi hingga 5.00 pagi dicatatkan 70 hingga 73µg/m3 iaitu di Tahap II (Dipertingkat). Bacaan bagi kawasan lain di Singapura berada pada lingkungan Tahap 1 (Normal).

Pada jam 11.00 pagi, mutu udara di bahagian timur bertambah baik dan berada di Tahap 1 (Normal).

Bagaimanapun, mulai jam 10.00 malam pada Jumaat, NEA menerima lagi laporan bau asap daripada para penduduk.

Agensi tersebut telah berhubung dengan Jabatan Alam Sekitar Johor yang mengesahkan kebakaran kambus tanah itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan