Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bau arak pada pemandu yang rempuh kaunter imbas pasport Pusat Pemeriksaan Tuas

Polis menahan seorang lelaki rakyat Singapura, berusia 49 tahun, selepas kereta dipandunya merempuh sebuah kaunter mengimbas pasport di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Anggaran Waktu Membaca:
Bau arak pada pemandu yang rempuh kaunter imbas pasport Pusat Pemeriksaan Tuas
Diterbitkan : 12 Feb 2018 10:36PM Dikemas Kini : 12 Feb 2018 10:39PM

SINGAPURA: Polis menahan seorang lelaki rakyat Singapura, berusia 49 tahun, selepas kereta dipandunya merempuh sebuah kaunter mengimbas pasport di Pusat Pemeriksaan Tuas.

Kejadian tersebut berlaku pada 22 Januari lalu, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (12 Feb).

Menurut ICA lagi, lelaki itu memandu dalam lorong motosikal dan "berbau arak".

"Memandu dalam keadaan mabuk adalah kesalahan yang serius kerana ia menimbulkan bahaya bukan sahaja kepada pemandu berkenaan tetapi juga pengguna jalan raya yang lain, (dan) dalam kes ini, pengguna pusat pemeriksaan juga," menurut ICA.

Siasatan polis sedang dijalankan. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan