Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bateri basikal elektrik terbakar, lelaki dikejarkan ke TTSH

Seorang lelaki dalam lingkungan usia 40-an dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) kerana terhidu asap setelah flatnya di Toa Payoh terbakar hari ini (28 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Bateri basikal elektrik terbakar, lelaki dikejarkan ke TTSH

Bateri hangus yang mencetuskan kebakaran. (Gambar: Facebook/SCDF)

Diterbitkan : 28 Feb 2018 07:45PM Dikemas Kini : 28 Feb 2018 07:47PM

SINGAPURA: Seorang lelaki dalam lingkungan usia 40-an dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) kerana terhidu asap setelah flatnya di Toa Payoh terbakar hari ini (28 Feb).

Demikian menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Menerusi catatan di laman Facebooknya, SCDF menyatakan kebakaran itu bermula daripada bateri alat mobiliti peribadi (PMD) yang sedang dicaj.

Seorang pegawai SCDF dari Balai Bomba Tuas View, Staf Sarjan Yahafiz Mustafa, yang tidak bertugas, ternampak kebakaran di Blok 103 Lorong 1 Toa Payoh sekitar pukul 3.20 petang.

Beliau kemudian segera mencapai alat pemadam api, menendang pintu rumah itu untuk membukanya dan memadamkan kebakaran.

Gambar-gambar yang dikongsi di laman Facebook SCDF menunjukkan basikal elektrik yang hangus di dalam rumah tersebut.

Jelaga dan bateri yang hangus juga kelihatan di lantai.

Beberapa wayar boleh dilihat tergantung berdekatan ruang tersebut.

SCDF memberi peringatan kepada para pengguna PMD supaya mengelak daripada mengecas bateri melebihi tempoh yang diperlukan atau meninggalkannya semalaman.

"Apabila mengecas bateri seumpama itu, letakkannya di permukaan yang rata untuk membolehkan udara panas hilang dengan sebaiknya. Jangan meletakkan bateri yang sedang dicaj berdekatan bahan-bahan yang mudah terbakar," tambah SCDF.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan