Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Batam berjaga-jaga ekoran kes cacar monyet pertama di Singapura

Batam, terletak sekitar sejam perjalanan melalui feri dari Singapura, mengambil langkah-langkah mencegah kemungkinan penyebaran penyakit cacar monyet selepas Singapura melaporkan kes pertama virus jarang ditemui itu minggu lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Batam berjaga-jaga ekoran kes cacar monyet pertama di Singapura

Gambar fail seorang pesakit cacar monyet. (Gambar: Perpustakaan Imej Kesihatan Awam CDC)

Diterbitkan : 15 May 2019 08:11AM Dikemas Kini : 21 May 2019 06:30PM

JAKARTA: Batam, terletak sekitar sejam perjalanan melalui feri dari Singapura, mengambil langkah-langkah mencegah kemungkinan penyebaran penyakit cacar monyet selepas Singapura melaporkan kes pertama virus jarang ditemui itu minggu lalu.

Pihak berkuasa di pulau Indonesia itu menyediakan dua hospital iaitu Hospital Zon Perdagangan Bebas Batam dan Rumah Sakit Umum Daerah Embung Fatimah sebagai penyedia utama rawatan untuk pesakit cacar monyet disyaki, menurut The Jakarta Post.

Pengesan haba juga ditubuhkan di lima pelabuhan antarabangsa yang menghubungkan secara langsung Batam dengan Singapura.

Minggu lalu, Singapura melaporkan, ia mengenal pasti satu kes cacar monyet yang dibawa seorang lelaki Nigeria, didakwa dijangkiti virus terbabit selepas makan daging haiwan liar dalam upacara perkahwinan di negaranya.

BACA: S'pura sahkan kes pertama 'monkeypox'; pesakit dan 23 orang terdekat dikuarantin
The Jakarta Post turut melaporkan para pengunjung yang melalui lapangan terbang Batam juga akan dipantau, meskipun tiada penerbangan langsung antara pulau itu dengan Singapura.

Ketua Agensi Kesihatan Batam, Didi Kusumajadi dan pasukannya melawat Hospital Zon Perdagangan Bebas Batam pada Isnin (13 Mei) untuk memeriksa bilik pengasingan dan kecemasan.

“Kami akan terus memantau situasi dan mengekalkan langkah pencegahan sehingga Singapura mengisytiharkan ia bebas daripada virus itu,” kata Encik Didi kepada akhbar The Jakarta Post.

Khamis lalu (9 Mei) Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan kes cacar monyet dari luar negara yang pertama.

Pesakit, seorang warga Nigeria berusia 38 tahun melawat Singapura sendirian pada 28 April dan diuji positif bagi virus tersebut.

Beliau menginap di sebuah hotel di 21 Lorong 8 Geylang dari 28 April dan menghadiri sebuah bengkel di 3 Church Street pada 29 dan 30 April.

Pesakit itu ditempatkan dalam sebuah wad pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan dan keadaannya stabil, menurut MOH sebelum ini.

Cacar monyet adalah penyakit yang jarang ditemui dan biasanya dijangkiti oleh manusia dari haiwan.

Mereka yang menjangkitinya biasanya mengalami demam, pening, sakit otot dan ruam.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan