Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Basikal elektrik 86kg antara kesalahan terbaru berkaitan PMD

Pihak berkuasa mengesan 27 kesalahan yang ada kaitan dengan alat mobiliti peribadi (PMD) di Rangkaian Penghubung Taman Kallang Park dan Woodlands Waterfront Park, termasuk basikal elektrik seberat hampir 86 kilogram (kg) - tiga kali ganda melebihi had berat PMD yang ditetapkan bagi laluan awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Basikal elektrik 86kg antara kesalahan terbaru berkaitan PMD

(Gambar: Facebook/LTA)

Diterbitkan : 18 Oct 2019 10:54PM Dikemas Kini : 18 Oct 2019 10:59PM

SINGAPURA: Pihak berkuasa mengesan 27 kesalahan yang ada kaitan dengan alat mobiliti peribadi (PMD) di Rangkaian Penghubung Taman Kallang Park dan Woodlands Waterfront Park, termasuk basikal elektrik (PAB) seberat hampir 86 kilogram (kg) - tiga kali ganda melebihi had berat PMD yang ditetapkan bagi laluan awam.

Kesalahan-kesalahan itu dikesan semasa tindakan penguatkuasaan dijalankan pada Ahad (13 Okt) dan Isnin oleh para pegawai Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Lembaga Taman Negara (NParks), menurut LTA dalam kenyataan yang dimuat naik ke laman Facebook pada Selasa.

Pengguna basikal elektrik itu memiliki peranti yang tidak berdaftar, tambah LTA.

Bagi laluan awam, berat maksimum yang dibenarkan untuk PMD, termasuk PAB, adalah 20kg, manakala had ukuran lebar adalah 70 sentimeter (cm). Had kelajuan pula adalah 25km/sejam.

Pelekat LTA pada basikal elektrik berkenaan sudah dikopek dan dipasang dengan pendikit (throttle), yang menjadikan peranti berkenaan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, tambah pihak berkuasa.

Selain peranti yang melebihi had berat, pesalah lain ditangkap oleh pihak berkuasa kerana memecut, memiliki peranti tidak berdaftar atau menggunakan peranti yang tidak mematuhi peraturan.

Tiga peranti juga dirampas dan disita oleh pihak berkuasa, menurut LTA.

Beberapa kemalangan, termasuk yang menyebabkan kematian pengayuh basikal 65 tahun, Ong Bee Eng menyusuli kemalangan dengan pengguna PMD bulan lalu, menghangatkan perdebatan awam mengenai penggunaan peranti berkenaan di laluan awam, dengan sesetengah pihak menggesa agar ia diharamkan sama sekali demi keselamatan orang ramai.

Awal bulan ini, Menteri Negara Kanan Pengangkutan Janil Puthucheary memberitahu Parlimen bahawa Pemerintah mungkin "tiada pilihan lain" dan mengharamkan penggunaan PMD sama sekali di Singapura jika tingkah laku para pengguna PMD tidak berubah.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa larangan terhadap PMD tidak perlu buat masa ini dan Kementerian Pengangkutan akan melakukan "apa saja yang diperlukan" untuk menjaga keselamatan di lorong jalan kaki.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan