Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bas ulang-alik tanpa pemandu mula beroperasi di Sentosa 26 Ogos

Bas-bas ulang-alik tanpa pemandu mungkin menjadi salah satu ciri pengangkutan di kawasan Southern Waterfront yang baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Aug 2019 07:54PM Dikemas Kini : 20 Aug 2019 10:28PM

SINGAPURA: Bas-bas ulang-alik tanpa pemandu mungkin menjadi salah satu ciri pengangkutan di kawasan Southern Waterfront yang baru.

Bas-bas itu sedang menjalani ujian selama tiga bulan di Sentosa.

ST Engineering mengumumkannya semasa pelancaran ujian awam hari ini (20 Ogos).

Mulai Isnin depan, para pengunjung ke Sentosa boleh menggunakan salah satu daripada empat kenderaan itu.

Mereka boleh membuat tempahannya melalui aplikasi Ride Now Sentosa atau di kaunter-kaunter yang ada di sekitar laluan ujian berkenaan.

Khidmat atas permintaan itu adalah percuma dan akan beroperasi selama empat jam pada hari biasa kecuali cuti umum.

Para pengunjung boleh menaiki kenderaan itu untuk ke pantai-pantai Siloso dan Palawan.

Kenderaan itu dilengkapi dengan pelbagai teknologi seperti radar dan GPS untuk membantu dalam pergerakan dan mengenal pasti halangan.

Seorang pengendali akan berada di dalam bas untuk mengambil alih operasi jika berlaku kecemasan.

ST Engineering menyatakan teknologi-teknologi tersebut dibangunkan di dalam negara dan disesuaikan bagi keadaan unik Sentosa.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan