Images
  • jurong bus
    Gambar ihsan seorang penduduk Bukit Batok menunjukkan sebuah bas terbakar. 

Bas terbakar ketika bergerak di jejambat Jurong East

SINGAPURA: Sebuah bas terbakar ketika melalui sebuah jejambat di Jurong East pada Khamis malam (12 Sep). Kepulan asap hitam dilihat menjulang ke udara.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia menerima panggilan mengenai insiden itu pada sekitar 8.20 malam. Ia menambah insiden itu berlaku di Jurong East Central, berhampiran persimpangan Bukit Batok Avenue 1.

Api kebakaran berjaya dipadamkan menggunakan dua jet air. Mujur, tiada kecederaan dilaporkan.

Seorang penduduk Bukit Batok memberitahu Mediacorp bahawa beliau dimaklumkan tentang kebakaran itu oleh jiran tetangganya pada sekitar 8.30 malam.

"Kami terlihat sebuah bas persiaran di jejambat itu dijilat api pada bahagian bumbungnya. Ia kemudian merebak beransur-ansur ke seluruh bas," kongsi Cik Joanna Peng yang menambah ada asap tebal hitam dan "letupan kuat".

Cik Peng juga berkata beliau tidak melihat seorang pun penumpang di dalam bas berkenaan dan SCDF kemudian tiba di tempat kejadian dengan Red Rhino serta kereta bomba.

Beliau menambah api kebakaran itu kelihatan terkawal sekitar lima minit kemudian dengan baki api kecil. 

- CNA/FZ/fz

Top