Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Barisan pemimpin S'pura seterusnya mungkin lebih jelas selepas pemilihan CEC PAP, kata Shanmugam

Negara ini akan mendapat gambaran lebih jelas tentang siapa para pemimpin generasi seterusnya, termasuk kemungkinan bakal Perdana Menteri yang baru, semasa pemilihan para anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Sep 2018 07:27PM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 09:30PM

SINGAPURA: Negara ini akan mendapat gambaran lebih jelas tentang siapa para pemimpin generasi seterusnya, termasuk kemungkinan bakal Perdana Menteri yang baru, semasa pemilihan para anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam membayangkan demikian di satu acara siang tadi (24 Sep).

Encik Shanmugam mendedahkan sebuah "pasukan kecil" sudah terbentuk dan terdiri daripada para penyandang portfolio menteri yang berbeza.

Beliau menambah, pasukan itu masih memerlukan lebih banyak masa untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai supaya rakyat Singapura boleh membuat penilaian sendiri.

Encik Shanmugam menegaskan sistem itu melibatkan para pemimpin memilih salah seorang dalam kalangan mereka untuk memimpin yang lain.

Menurut beliau lagi banyak dasar kini difikirkan serta dibincangkan dan dilakar oleh sekumpulan menteri muda yang mengadakan pertemuan setiap minggu tanpa kehadiran Perdana Menteri atau menteri-menteri kanan.

Jawatankuasa Eksekutif Pusat PAP merupakan badan tertinggi yang membuat keputusan dalam parti dan terdiri daripada 18 anggota.

Menteri Penyelaras Prasarana merangkap Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan ialah Pengerusinya manakala mantan Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim sebagai Naib Pengerusi. 

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan