Images
  • obama
    (Gambar: Reuters)

Barack dan Michelle Obama akan berucap di beberapa acara di S'pura

SINGAPURA: Mantan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan mantan Wanita Pertama Michelle Obama akan menghadiri beberapa acara di Singapura pada Disember, menurut satu kenyataan media hari ini (9 Okt).

Barack Obama dan isterinya akan berkongsi pengalaman mereka bersama para tetamu di dua acara berasingan, menurut penyedia acara perniagaan The Growth Faculty.

Menurut laman The Growth Faculty, Encik Obama akan berucap di acara perniagaan pertamanya di Singapura dan akan berkongsi pengalaman semasa penggal jawatannya sebagai Presiden dan pandangannya tentang kepimpinan di dunia di

Beliau akan berucap di Singapore EXPO pada 16 Disember antara pukul 11.30 pagi dengan 1 tengah hari. Acara itu turut akan menampilkan perbincangan panel bersama "pemimpin-pemimpin peringkat tinggi Singapura."

Tiket-tiket bagi anggota The Growth Faculty berharga antara S$295 dengan S$1,195 manakala mereka yang bukan ahli boleh mendapatkan tiket pada harga S$345 hingga S$1,295.

Sementara itu, Cik Obama akan berkongsi pengalaman daripada buku biografi peribadinya bertajuk 'Becoming', dan akan merenung semula detik-detik peribadi dan khalayak awam yang tidak dapat dilupakan semasa beliau menjadi Wanita Pertama.

Acara itu akan berlangsung di Singapore EXPO pada 14 Disember daripada 7.30 hingga 9 malam.

Tiket-tiket berharga antara S$295 dengan S$795 bagi anggota the Growth Faculty dan S$345 hingga S$895 bagi mereka yang bukan anggota.

Pasangan itu juga membuat penampilan pertama mereka dalam sebuah filem Hollywood pada Ogos lalu menerusi dokumentari American Factory yang merupakan produk pertama hasil kerjasama antara Netflix dengan syarikat penerbitan milik pasangan itu, Higher Ground. 

- CNA/HA/ha

Top