Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bantuan Medifund merosot kepada S$143.9 juta pada 2016

Bantuan Dana Endowmen Perubatan (Medifund) sejumlah S$143.9 juta diberikan pada Tahun Kewangan 2016 (FY2016). Jumlah itu merosot berbanding S$155.2 juta yang disediakan pada tahun sebelumnya, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (27 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Bantuan Medifund merosot kepada S$143.9 juta pada 2016

Para pesakit di sebuah poliklinik. (Gambar fail: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 27 Nov 2017 03:00PM Dikemas Kini : 27 Nov 2017 03:16PM

SINGAPURA: Bantuan Dana Endowmen Perubatan (Medifund) sejumlah S$143.9 juta diberikan pada Tahun Kewangan 2016 (FY2016). Jumlah itu merosot berbanding S$155.2 juta yang disediakan pada tahun sebelumnya, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (27 Nov).

Menurut kenyataan MOH, jumlah lebih kecil itu sebahagiannya disebabkan pelancaran Medishield Life pada November 2015, yang "memberi rakyat Singapura perlindungan lebih baik". 

Bantuan Medifund untuk penjagaan di hospital-hospital awam dan institusi merosot kepada S$118.9 juta pada FY2016, berbanding S$129.2 juta pada tahun sebelumnya. Bantuan yang diberikan untuk Jagaan Jangka Panjang dan Pertengahan dalam tempoh yang sama juga merosot dari S$26 juta kepada S$25.1 juta, tambah MOH.

Selain itu, MOH menyatakan bahawa 99.9 peratus permohonan Medifund diluluskan, dan 91.2 peratus daripada permohonan yang diluluskan menerima bantuan sepenuhnya. Jumlah permohonan bagi bantuan Medifund yang diluluskan naik 3.6 peratus dari 1,096,628 pada FY 2016 kepada 1,136,413 tahun lalu.

Diperkenalkan pada 1993, Medifund membantu warga Singapura yang tidak mampu melangsaikan bil-bil perubatan mereka, meskipun setelah diberikan subsidi-subsidi Pemerintah, dan selepas menggunakan MediShield Hayat mereka, insurans privet, Medisave dan bayaran wang tunai. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan