Images
  • gavel
    Gambar hiasan. (Gambar: Jeremy Long)

Bantuan guaman khas bagi golongan memerlukan di bawah MOU baru

SINGAPURA: Golongan memerlukan bakal mendapat bantuan undang-undang lebih khusus dari para peguam yang memberi khidmat secara sukarela atau pro bono.

Ini menyusuli satu Memorandum Persefahaman baru yang ditandatangani antara Khidmat Pro Bono Persatuan Guaman dan Pejabat SG Cares.

Di bawah MOU tersebut, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk menambah bilangan peguam sukarela yang kemudian akan dikerah kepada Pusat-Pusat Sukarela SG Cares di merata negara.

Pada masa ini ada 14 pusat demikian dan jumlahnya akan bertambah kepada 24 menjelang Mac tahun depan.

Menurut Persatuan Guaman, sehingga Mac tahun lalu hampir 1,700 sukarela termasuk syarikat dan individu telah menyumbang masa mereka kepada program-programnya.

Ia menjangkakan lebih ramai peguam akan tampil memberi bantuan.  

- CNA/NZ/tq

Top