Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Bantu golongan lemah, buka semula S'pura dengan selamat antara isu tarik perhatian belia

Antara keutamaan lain termasuk persediaan menghadapi perubahan iklim, mempertingkat peluang kerja dan memupuk masyarakat yang inklusif.

Anggaran Waktu Membaca:
Bantu golongan lemah, buka semula S'pura dengan selamat antara isu tarik perhatian belia

Gambar hiasan. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 14 Jan 2021 10:33AM Dikemas Kini : 16 Feb 2021 06:01PM

SINGAPURA: Menyokong rakyat Singapura yang mudah terjejas dan memastikan sempadan dibuka dengan selama di tengah-tengah pandemik adalah antara isu utama yang anak-anak muda negara ini mahu pemerintah bincangkan dalam Belanjawan 2021.

Antara keutamaan lain termasuk persediaan menghadapi perubahan iklim, mempertingkat peluang kerja dan memupuk masyarakat yang inklusif.

Seramai 170 peserta yang berusia antara 15 dengan 35 tahun ditinjau di akhir sesi dialog maya semalam (13 Jan), di mana mereka saling bertukar-tukar pandangan mengenai lima tema utama Belanjawan 2021.

Sesi dialog itu diadakan sebagai sebahagian daripada siri Perbincangan Singapura Bangkit Lebih Kukuh Bersama yang dikendalikan oleh Pemerintah sejak Jun tahun lalu dan dipengerusikan oleh Majlis Belia Kebangsaan (NYC) dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MOF).

Ia memberi platform kepada anak-anak muda Singapura untuk lebih memahami keutamaan ekonomi bagi negara ini.

Turut menyertai sesi itu adalah Menteri Kedua Kewangan merangkap Pembangunan Negara, Indranee Rajah, yang mendapati bahawa rakyat muda Singapura kurang memberikan perhatian kepada usaha mempertingkat daya kerja, menyokong tenaga kerja dan membolehkan ekonomi untuk berkembang.

"Ini adalah contoh yang baik di mana kita, di Kementerian Kewangan dan Pemerintah harus bekerjasama mencari keseimbangan kerana hakikatnya semuanya saling terkait," kata Cik Indranee dalam ucapannya.

Belanjawan 2021 akan dibentangkan pada 16 Februari.

Cik Indranee menambah apabila Pemerintah menumpukan perhatian kepada pertumbuhan ekonomi, ramai yang mungkin berpandangan bahawa Pemerintah mendahulukan wang daripada kebajikan rakyat.

"Tetapi untuk membantu golongan yang mudah terjejas, ia memerlukan wang dan wang mesti datang dari suatu tempat. Dan hanya terdapat dua sumber - sama ada dari pendapatan yang dijana daripada ekonomi atau daripada simpanan kita," kata beliau.

Juga hadir dalam sesi dialog tersebut adalah Encik Alvin Tan, Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, yang menggariskan tiga aspek yang menarik minat golongan belia. Ini termasuk isu sekitaran dan daya mampan, menjaga golongan yang mudah terjejas oleh COVID-19 serta kesan pandemik ke atas kesejehteraan mental mereka.

Pekerjaaan dan ekonomi juga adalah antara yang menjadi keprihatinan utama mereka kerana ramai yang akan tamat pengajian, sedang mencari kerja atau sedang membuat keputusan bagi masa depan mereka.

Seorang mahasiswa sosiologi Institut Pengurusan Singapura - Universiti Buffalo, Poh Yong Shun, 24 tahun, berkata: "Saya rasa ramai golongan muda prihatin tentang isu-isu di luar sana dan secara keseluruhannya dari segi ekonomi dan pendekatan Singapura dalam membangunkan masa depan dan menangani krisis dengan agak baik.

"Jadi apa yang ingin mereka (anak muda) lihat dalam Belanjawan 2021 adalah (untuk Pemerintah) meneliti aspek-aspek seperti bagaimana untuk menyokong golongan yang mudah terjejas dengan lebih baik, menjangkaui aspek kewangan."

Sumber : Today/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan